Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura rancang beri polis, mahkamah lebih kuasa tangani pengacau dalam pesawat

Jul 25, 2016 | 08:07 AM



POLIS dan mahkamah Singapura akan mendapat kuasa lebih luas untuk menangani pengacau dalam penerbangan apabila undang-undang baru diluluskan dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.



Langkah itu akan datang sebelum satu ketetapan global oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan menangani masalah penumpang udara tidak terkawal yang semakin meningkat, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin (25 Jul).



Di bawah undang-undang penerbangan awam antarabangsa semasa yang ditetapkan oleh Konvensyen Tokyo, Singapura boleh mengambil tindakan hanya jika pelakunya tiba dalam penerbangan Singapore Airlines (SIA) atau syarikat penerbangan lain tempatan.



Ini bermakna pengacau dalam penerbangan asing biasanya bebas begitu sahaja.



Bagi menamatkan kelemahan itu, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) - cabang penerbangan awam PBB - bercadang menggantikan Konvensyen Tokyo dengan Protokol Montreal.



Protokol baru itu, yang dijangka berkuat kuasa dalam tempoh dua hingga tiga tahun, akan memberi negara lebih banyak kuasa untuk menangani kesalahan seperti pelancong enggan mematuhi arahan keselamatan atau mengkasari atau memaki hamun anak kapal.



Singapura merancang menggubal undang-undangnya sendiri sebelum peraturan global itu dilaksana, dan telah berunding dengan syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Changi.



Semuanya menyokong inisiatif itu, menurut jurucakap Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).



"Keupayaan mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang itu akan menjadi pencegahan kuat terhadap tingkah laku sukar dikawal di dalam pesawat yang tiba di Singapura," katanya.



"Ini akan meningkatkan status Singapura sebagai hab udara selamat dan terjamin."



Tingkah laku tidak senonoh dalam pesawat telah bertambah sejak tahun-tahun kebelakangan, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).



Pada 2014, syarikat penerbangan melaporkan 9,316 kejadian tingkah laku itu, atau satu bagi setiap 1,400 penerbangan. Purata dari 2007 hingga 2014 ialah satu bagi setiap 1,530 penerbangan.



Dalam kajian yang dijalankan oleh IATA, empat daripada 10 syarikat penerbangan berkata mereka terpaksa memesongkan penerbangan dalam tempoh 12 bulan lalu kerana pengacau dalam pesawat.



Presiden Kesatuan Kakitangan Singapore Airlines, pramugara Alan Tan berkata apabila menghadapi penumpang tidak terkawal, matlamatnya ialah meredakan keadaan.



"... tetapi bukan setiap masa ini dapat dicapai, jadi kami kadang-kadang perlu menyerahkan penumpang kepada polis tempatan selepas mendarat.



"Bagaimanapun, disebabkan kekurangan bidang kuasa, polis mungkin tidak selalu dapat bertindak dan hanya boleh memberi amaran. Ini kadang-kadang agak mengecewakan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >