Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

S'pura sahkan Konvensyen Asean terhadap Pemerdagangan Orang, Terutama Wanita dan Kanak-Kanak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura sahkan Konvensyen Asean terhadap Pemerdagangan Orang, Terutama Wanita dan Kanak-Kanak

Jan 26, 2016 | 02:17 PM

SINGAPURA telah mengesahkan Konvensyen Asean terhadap Pemerdagangan Orang, Terutama Wanita dan Kanak-kanak (Actip), membuat negara ini masa selangkah dalam usaha memerangi penyeludupan manusia.

Aktip ditandatangani oleh para pemimpin Asean dalam Sidang Puncak Asean ke-27 November lalu.

Ia sebuah instrumen yang mengikat yang bertujuan mencegah dan menghapus pemerdagangan orang, melindungi mangsa dan menggalak kerjasama dalam kalangan negara anggota Asean.

Suratcara pengesahan itu diserahkan kepada Setiausaha Agung Asean oleh Wakil Tetap Singapura ke Asean, Encik Tan Seng Hung, pada Isnin (25 Jan).

Pengesahan itu menyusuli penyertaan Singapura sebelum ini dalam Protokol Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Mencegah, Menyekat dan Menghukum Pemerdagangan Orang, Terutama Wanita dan Kanak-Kanak (Protokol TIP PBB) pada 28 September lalu.

Singapura antara negara Asean pertama mengesahkan Actip.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3