Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

S'pura sahkan satu lagi kes import cacar monyet

Jul 07, 2022 | 10:54 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan satu lagi kes import cacar monyet di Singapura pada Khamis (7 Julai).



Pesakit ini adalah lelaki warga India berusia 36 tahun yang menetap di Singapura dan baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat, kata MOH.



Beliau diuji positif bagi cacar monyet pada Khamis dan kini dirawat di Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



Lelaki ini tiada kaitan dengan kes cacar monyet sebelum ini, jelas MOH. Menurutnya, proses menjejak kontak sedang diusahakan.



"Kes ini membawa pada ketidakselesaan di bahagian dubur individu itu pada 28 Jun dan tanda lain termasuk alahan kulit yang biasa terjadi pada pesakit cacar monyet dan secara progresif menjadi ketara, dalam masa beberapa hari mendatang," kata MOH.



 



Pada Rabu, lelaki ini mendapatkan rawatan perubatan dan dibawa ke NCID pada hari yang sama.



Bulan lalu, Singapura melaporkan kes cacar monyet pertama yang diimport sejak 2019. Beliau merupakan lelaki British yang bekerja sebagai pramugara.



Negara ini melaporkan kes cacar monyet tempatan pada Rabu, melibatkan lelaki warga Malaysia berusia 45 tahun.



Beliau diuji positif pada Rabu dan kini dimasukkan ke NCID dengan keadaannya stabil.



Kesemua tiga kes tiada kaitan.



 



.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >