Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura salur modal permulaan AS$50,000 untuk bantu mangsa banjir di Pakistan

Sep 01, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH Singapura akan menyalurkan AS$50,000 ($69,700) sebagai modal permulaan untuk menyokong usaha mengumpul dana awam Palang Merah Singapura (SRC) untuk Pakistan, yang telah musnah akibat banjir besar baru-baru ini.



SRC sebelum ini telah mengikrarkan $50,000 untuk menyokong keperluan segera komuniti terjejas di Pakistan, termasuk makanan, tempat perlindungan kecemasan, penyelesaian air dan sanitasi, serta barangan kebersihan.



Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dalam satu kenyataan berasingan semalam juga meminta sumbangan untuk menyokong mereka yang terjejas akibat banjir yang berterusan di Pakistan. Yayasan itu berkata pihaknya akan bekerjasama dengan SRC untuk terus bantu komuniti Pakistan yang terjejas.



Sumbangan boleh dibuat melalui beberapa pilihan pembayaran mulai semalam hingga 14 September.



Hujan monsun tanpa henti telah membanjiri satu pertiga negara itu dan meragut nyawa lebih 1,100 penduduk.



Hujan yang bermula sejak Jun telah menyebabkan banjir paling teruk di Pakistan sejak lebih sedekad, merosakkan sebahagian besar tanaman penting dan memusnahkan lebih sejuta rumah.



Pihak berkuasa dan badan amal sedang gigih berusaha untuk mempercepatkan penyampaian bantuan kepada lebih 33 juta orang, satu tugas yang mencabar di kawasan yang terputus kerana banyak jalan raya dan jambatan telah rosak teruk.



Anggaran awal meletakkan kerosakan akibat banjir maut Pakistan baru-baru ini melebihi AS$10 bilion, kata Menteri Perancangannya Isnin lalu, sambil menambah bahawa dunia mempunyai kewajipan untuk membantu negara Asia Selatan itu menghadapi kesan perubahan iklim buatan manusia.



Menteri Perubahan Iklim telah menggelar situasi itu sebagai "bencana kemanusiaan yang disebabkan oleh iklim dengan kadar epik".



Rayuan pengumpulan dana awam SRC akan berlangsung sehingga 30 November. Lungsuri laman Palang Merah Singapura untuk menderma.



Derma menerusi RLAF boleh disalurkan menerusi PayNow UEN: 200910530ZRLA dengan rujukan 'Pakistan Floods'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >