Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura saran lanjut tempoh gantung kawasan larangan Pasir Gudang, ILS Seletar

Bantu beri lebih masa kepada pegawai S'pura, Malaysia capai huraian yang saling beri manfaat
Jan 24, 2019 | 05:30 AM



SINGAPURA menyarankan agar tempoh penggantungan bagi Kawasan Larangan Malaysia di Pasir Gudang dan pelaksanaan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Seletar dilanjutkan, kata Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan.



Saranan itu dibuat semasa Encik Khaw mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Encik Anthony Loke, di Singapura semalam.



Jika dipersetujui, saranan tersebut boleh memberi para pegawai Singapura dan Malaysia lebih banyak masa mencapai huraian yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara, ujar Encik Khaw.



Beliau berkata demikian dalam kiriman di Facebook selepas mengadakan pertemuan dengan Encik Loke.



Dalam kiriman itu, Encik Khaw berkata beliau telah mengadakan perbincangan "dari hati ke hati" bersama Encik Loke.



Pertemuan itu merupakan yang ketiga antara kededua menteri itu selepas pertemuan mereka di Putrajaya dan Bangkok tahun lalu.



Encik Khaw menambah bahawa beliau akan bertemu lagi dengan Encik Loke selepas Tahun Baru Cina, untuk meneruskan perbincangan berhubung isu ruang udara.



"Sementara itu, saya mencadangkan agar kami melanjutkan tempoh penggantungan bersama Kawasan Larangan Malaysia di Pasir Gudang dan prosedur Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) Singapura di Lapangan Terbang Seletar untuk memberi lebih banyak masa kepada para pegawai kami mencapai keputusan yang memanfaatkan kededua negara.



"Beliau (Encik Loke) akan menyampaikan saranan saya kepada rakan Kabinetnya," kata Encik Khaw.



Singapura dan Malaysia terlibat dalam pertikaian berhubung pelaksanaan ILS di Lapangan Terbang Seletar.



Malaysia mendakwa pelaksanaan ILS akan menjejas pembangunan struktur tinggi di kawasan Pasir Gudang, di bahagian utara lapangan terbang itu.



Singapura berkata dakwaan itu tidak benar.



Malaysia kemudian mengisytiharkan sebuah kawasan larangan di kawasan Pasir Gudang atas tujuan ketenteraan.



Pada 8 Januari lalu, kedua-dua negara bersetuju melaksanakan secara serentak dan dengan serta-merta penggantungan itu - buat tempoh satu bulan - bagi pembentukan kawasan larangan di Pasir Gudang dan ILS bagi Lapangan Terbang Seletar.



Perjanjian itu dicapai menyusuli pertemuan antara Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Encik Saifuddin Abdullah, di Singapura.




"Sementara itu, saya mencadangkan agar kami melanjutkan tempoh penggantungan bersama Kawasan Larangan Malaysia di Pasir Gudang dan prosedur Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) Singapura di Lapangan Terbang Seletar, untuk memberi lebih banyak masa kepada para pegawai kami mencapai keputusan yang memanfaatkan kededua negara.

Beliau (Encik Loke) akan menyampaikan saranan saya kepada rakan Kabinetnya."

- Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >