Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura secara senyap yakin dalam menangani gelombang Omicron Covid-19: Lawrence Wong

Feb 21, 2022 | 09:49 PM



VAKSINASI, suntikan penggalak dan terapeutik.



Itu adalah strategi Singapura untuk menangani virus Covid-19 dan variannya, dan ia memberikan Republik ini laluan yang jelas ke arah kembali kepada kehidupan normal - walaupun jika mutasi baru timbul, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Dengan kadar vaksinasi yang tinggi dan sebahagian besar pesakit Covid-19 di sini menunjukkan simptom yang lebih ringan, Singapura secara senyap yakin dalam menangani gelombang jangkitan Omicron semasa, kata Encik Wong dalam temu bual dengan Squawk Box Asia CNBC.



Walaupun jumlah jangkitan semasa berada pada rekod tertinggi dan boleh melebihi 20,000 kes sehari, keadaan di unit rawatan rapi (ICU) di sini adalah terkawal, katanya kepada hos Martin Soong.



Hospital, doktor dan klinik biasa agak sibuk kerana terdapat pesakit Covid-19 yang masih memerlukan rawatan, namun berita baiknya ialah jumlah kes serius di ICU tidaklah tinggi.



"Mereka berada dalam had yang kami sediakan dan dalam kapasiti yang kami ada hari ini.



“Jika keadaan ini berterusan seperti itu, kami percaya bahawa kami sepatutnya dapat mengambil beberapa langkah tegas ke arah meredakan sebaik sahaja kami melepasi puncak gelombang Omicron sekarang ini,” tambah Encik Wong.



Menteri itu berkata pihak berkuasa masih mengkaji dengan saintis di sini sama ada suntikan vaksin keempat diperlukan.



Ditanya mengenai sub-varian Omicron, BA.2, yang lebih menular dan semakin meningkat di seluruh dunia, Encik Wong berkata terdapat variasi dan mutasi sepanjang masa, dan Singapura akan sentiasa dan berterusan memantau perkara ini.



"Kami belum mempunyai sebarang petunjuk lagi untuk varian tertentu itu... Tetapi saya pasti sebelum terlalu lama, akan ada mutasi baharu di seluruh dunia dan ia akan masuk ke Singapura.



"Ia mungkin bukan sekarang, tetapi mungkin enam bulan kemudian. Tetapi kami perlu bersedia untuk itu," tambahnya.



Encik Wong berkata harapannya ialah mana-mana varian baharu yang muncul pada masa hadapan akan lebih ringan daripada Omicron kerana ini akan memberikan keyakinan terhadap Singapura bahawa wabak itu sudah hampir berakhir.



Tetapi beliau juga memberi amaran agar tidak menolak kemunculan varian coronavirus yang lebih berbahaya atau boleh mendatangkan maut.



Encik Wong berkata: "Kami hanya perlu bersedia untuk itu. Dan strateginya masih vaksinasi, suntikan penggalak dan terapeutik juga.



"Saya fikir strategi itu kekal kukuh dan kami mempunyai laluan yang jelas untuk kembali hidup seperti biasa".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >