Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura sedia ambil tindakan ke atas syarikat sebabkan jerebu: Masagos

Sep 26, 2019 | 08:19 PM



SINGAPURA sedia mengambil tindakan di bawah undang-undang terhadap syarikat yang terbukti menyebabkan jerebu di Singapura kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Dalam kiriman di Facebook tadi, beliau melahirkan rasa gembira pemerintah Indonesia sedang mempertingkat usaha mengambil tindakan ke atas syarikat yang menyebabkan kebakaran hutan dan sedang mengumpulkan bukti bagi membawa syarikat yang bersalah ke muka pengadilan.



Encik Masagos berkata atas dasar itulah Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (TPHA) diluluskan pada 2014.



Menurut laporan media terkini, pihak berkuasa Indonesia sedang menyiasat beberapa syarikat, termasuk yang berpangkalan di Singapura.



Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sebelum ini telah menulis kepada rakan sejawatannya di Indonesia untuk meminta lebih banyak maklumat, supaya pihak berkuasa Singapura dapat menjalankan siasatan.



"Kami tidak akan teragak-agak untuk menguatkuasakan THPA jika Indonesia dapat memberikan keterangan salah laku oleh mana-mana syarikat yang telah menyumbang kepada jerebu di Singapura." kata Encik Masagos.



Singapura juga tidak akan bertolak ansur dengan tindakan syarikat yang melanggar undang-undang yang menjejaskan kesihatan dan kehidupan warga di sini dan di negara lain, dan yang telah memundurkan usaha menangani perubahan iklim.



Beliau juga berharap siasatan pihak berkuasa Indonesia akan menghasilkan tindakan yang kuat dan tegas ke atas syarikat yang menyebabkan kebakaran hutan.



Ini akan menandakan langkah penting ke arah menghuraikan kejadian pencemaran jerebu yang berulang.



Dalam kiriman itu beliau berkata kebakaran hutan di Indonesia memberi kesan teruk kepada iklim.



"Kebakaran hutan dan tanah di Indonesia telah melepaskan 360 juta tan karbon dioxida sejak Ogos, lebih daripada perlepasan sepanjang tahun Sepanyol pada 2018!" kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >