Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Setempat

S'pura sedia kongsi pengalaman sumber air dan sanitasi dengan negara membangun, kata Masagos

Jul 18, 2018 | 11:41 AM

SINGAPURA bersedia berkongsi pengalamannya membangun sanitasi dan sumber air yang bersih dengan negara-negara membangun, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

“Dahulu, Singapura telah memanfaatkn nasihat teknikal dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

“Kini kami senang hati untuk berkongsi pengalaman dengan negara membangun yang lai untuk membantu mereka dalam laluan ke arah menjadi negara maju dan mencapai sasaran pembangunan mampan (SDG),” kata Encik Masagos.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Forum Politik Peringkat Tinggi (HLPF) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) tentang Pembangunan Mampan di ibu pejabat UN di New York pada 18 Julai.

Menulis di Facebook untuk berkongsi cara Singapura mewujudkan sumber air bersih dan sanitasi – SGD keenam – Encik Masagos berkata air yang bersih dan sanitasi adalah perkara yang bersangkut-paut bagi Singapura, kerana ia adalah antara negara yang paling menghadapi cabaran air di dunia kata 

Menurut Encik Masagos, pendekatan yang diambil Singapura merangkumi tiga ciri utama – mengimbangi pembangunan ekonomi dengan perlindungan sekitaran dan sifat insklusif dalam masyarakat, memburu pendekatan bersepadu jangka panjang dalam pembentukan dan pelaksanaan dasar, serta memupuk dan membangun kerjasama berbilang pihak berkepentingan.

Artikel Terkini