Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura sedia pakej bantuan jika ekonomi global meleset: DPM Heng

Penting agar tidak buang tenaga dengan pertelingkahan; sebaliknya bekerjasama cari huraian selesaikan masalah
Jul 30, 2019 | 05:30 AM



PEMERINTAH sudah bersedia menghulurkan pakej bantuan jika ekonomi global meleset mendadak, kata Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat.



Menarik perhatian tentang pertikaian dagangan China dan Amerika yang menjejas ekonomi global, beliau berkata Kabinet telah bincang hal itu dan pemerintah akan bertindak jika keadaan melarat.



"Kami sudah bersedia dengan satu pakej membantu perniagaan dan pekerja Singapura jika ekonomi global meleset dengan mendadak.



"Kami harus sentiasa bersedia," tekannya dalam satu wawancara dengan sekumpulan wartawan Malaysia.



Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan, tidak memberikan butiran mengenai pakej itu semasa wawancara itu.



Menurutnya, ekonomi global, misalnya sedang berubah dan ekonomi Singapura perlu disusun semula secara besar-besaran agar dapat mengikuti perkembangan tersebut.



Dalam wawancara yang sama, beliau turut menyentuh tentang sistem politik bersifat seteru tidak mungkin baik untuk Singapura kerana ia tidak menghuraikan masalah, kata Encik Heng.



Sebaliknya, adalah lebih baik bekerjasama dan menyelesaikan sebarang masalah dengan cara paling membina demi memenuhi keperluan rakyat.



Demikian kata Encik Heng dalam wawancara itu, ketika disoal jika sistem politik Singapura perlu berubah menjadi lebih bertentangan.



Beliau turut menyentuh tentang hubungan Singapura dan Malaysia - meskipun ada perbezaan tetapi kededuanya sedang bekerja rapat menghuraikannya dan bersedia meluaskan bidang kerjasama.



Berhubung sistem politik setempat, Encik Heng menjelaskan Singapura memerlukan kematangan politik yang menggalak orang ramai mengusulkan bermacam idea dalam menguruskan negara.



"Tetapi pada akhirnya, negara ini tidak boleh memiliki 10 haluan berbeza kerana ini tidak akan membawa kita ke mana-mana.



"Apa yang penting ialah selepas membahaskan pilihan yang ada, kita sama-sama bersetuju atas sesuatu pilihan itu," ujarnya.



Kata beliau, bagi memastikan sesuatu idea membuahkan hasil, ia memerlukan banyak usaha dan bukan hanya usaha satu atau dua orang, tetapi semua pihak yang menghidupkan idea tersebut.



"Jadi adalah penting agar tenaga kita tidak terbuang dengan pertelingkahan, bahkan memasuki sistem yang bertentangan, kerana ia tidak menyelesaikan masalah.



"Saya lebih suka menjadi penyelesai masalah yang membina. Jika ada masalah, mari kita huraikan bersama dengan cara terbaik agar ia memenuhi keperluan seberapa ramai orang yang mungkin," tambahnya.



Ketika ditanya perasannya sebagai bakal Perdana Menteri, Encik Heng berkata beliau fokus menjalankan tanggungjawab sekarang sehingga penggal pemerintahan berakhir pada April 2021.



"Kami mahu memanfaatkan sepenuhnya masa yang ada untuk melaksanakan dasar dan membantu membaiki kehidupan rakyat dalam tempoh ini," ujar beliau.



Menjawab pertanyaan tentang pemerintahan majoriti Cina serta stereotaip Melayu-Singapura, seperti yang kerap ditekankan ahli politik Malaysia, Encik Heng berkata:



"Hakikat kita mempunyai jumlah penduduk Cina lebih tinggi bukan faktor yang menentukan cara pemerintahan kami.



"Bahkan, kami percaya tidak kira bangsa, bahasa atau agama, kami semua adalah rakyat Singapura."



Beliau mengimbas rasa tersentuh ketika semua ketua agama ditemui dalam satu majlis Persatuan Silang Agama (IRO) selepas pulih daripada strok, memberitahu mereka mendoakannya.



Sementara itu, apabila ditanya jika Singapura bimbang perbezaan pendapat dengan Malaysia akan menghambat kerjasama dua hala, Encik Heng menjawab sebagai jiran terdekat, perbezaan akan tetap wujud.



"Apa yang penting ialah kita meleraikannya secara objektif dan rasional. Saya fikir perbezaan ini akan berlaku dari masa ke semasa.



"Penting untuk kita melihat gambaran strategik lebih besar, iaitu dengan bekerja rapat, kita boleh mencapai lebih banyak perkara bersama, memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia dan Singapura dan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan di rantau ini," tambahnya.



Laporan lanjut: Tepikan perbezaan, cari cara huraikan masalah bersama: DPM Heng




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >