PARLIMEN
S'pura sedia pakej bantuan untuk masyarakat China
Feb 04, 2020 | 05:30 AM
SINGAPURA akan menyediakan pakej bantuan untuk membantu masyarakat di China yang terjejas akibat koronavirus novel 2019 (2019-nCov), kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong.
Masalah berhubung virus tersebut bukan hanya masalah China, malah menjadi masalah sedunia, kata beliau di Parlimen sambil menekankan peri pentingnya usaha sama itu.