Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura sedia rujuk isu tikai air dengan M'sia kepada pihak pengantara antarabangsa

Mar 14, 2019 | 05:30 AM



SINGAPURA sentiasa bersedia untuk menghuraikan pertikaian melalui prosedur penyelesaian pertikaian pihak ketiga antarabangsa yang sesuai, berdasarkan syarat yang dipersetujui bersama, kata jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura.



Namun, negara ini juga jelas dan konsisten dalam kedudukannya bahawa Malaysia telah kehilangan hak untuk menyemak harga air di bawah Perjanjian Air 1962, kata jurucakap itu semalam sebagai membalas kenyataan Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah.



Bahkan, tiada semakan harga air yang telah dijalankan, kata jurucakap itu.



Berucap di Parlimen Malaysia kelmarin, Datuk Saifuddin berkata beliau tidak bersetuju dengan kedudukan Singapura bahawa Malaysia kehilangan hak untuk menyemak harga air setelah memilih untuk tidak melakukannya pada 1987.



Malaysia akan mendapatkan timbang tara antarabangsa jika Singapura enggan merundingkan harga air, katanya.



Antara lain, Datuk Saifuddin berkata Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membincangkan menyemak perjanjian itu apabila Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengunjungi Singapura pada November lalu.



Beliau juga mendakwa kededua negara berada dalam "fasa kedua perbincangan, meneliti bentuk harga, tempoh dan perkara lain yang berkaitan".



Semalam, MFA Singapura menyatakan dengan jelas "tidak ada persetujuan antara Peguam-Peguam Negara mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan Perjanjian Air 1962 dalam mesyuarat mereka".



Jurucakap MFA berkata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Dr Mahathir menyatakan pandangan mereka yang berbeza tentang hak untuk menyemak harga air di bawah perjanjian 1962 apabila mereka bertemu pada 12 November tahun lalu.



Mereka melahirkan persetujuan bagi pegawai mengadakan perbincangan lanjut untuk lebih memahami kedudukan masing-masing mengenai perkara itu, kata jurucakap itu.



Peguam Negara daripada kededua negara kemudiannya bertemu pada Disember lalu untuk membincangkan isu tersebut.



"Namun, perbincangan mereka tidak mencapai kemajuan kerana dibayangi isu-isu yang timbul daripada Had Pelabuhan Johor Bahru dan prosedur Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) Seletar," kata jurucakap MFA, merujuk kepada pertikaian berterusan antara Singapura dengan Malaysia berhubung had kelautan dan ruang udara.



Peguam Negara kededua negara itu akan bertemu lagi untuk meneruskan perbincangan mereka, kata jurucakap tersebut.



Jurucakap MFA turut mengulas kenyataan oleh Dr Mahathir pada 3 Mac lalu bahawa Singapura tidak mahu tampil di "mahkamah dunia" bagi harga air kerana negara itu akan kalah.



MFA menarik perhatian sebaliknya seawal 2003 lagi, Menteri Ehwal Luar S Jayakumar pada waktu itu berkata Singapura malah bersedia merujuk perkara ini kepada timbang tara antarabangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >