Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura sekat pemegang pas jangka panjang, pelawat dari Bangladesh, Nepal, Pakistan, Sri Lanka

Apr 30, 2021 | 08:41 PM



SEMUA pemegang pas jangka panjang dan pengunjung jangka pendek yang telah ke Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka dalam tempoh dua minggu lalu tidak lagi dibenarkan masuk atau singgah bagi penerbangan transit ke Singapura, jelas Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong pada Jumaat (30 April).



Langkah ini berkuat kuasa mulai 11.59 malam pada Sabtu (1 mei) dan juga dikenakan pada mereka yang telah menjalani penerbangan transit menerusi negara-negara ini dan yang telah menerima kebenaran awal untuk masuk ke Singapura.



Namun, warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) yang telah ke negara-negara ini akan tetap mampu memasuki Singapura, jelas Encik Wong yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian bagi menangani Covid-19 dalam sidang media maya.



Perubahan ini dibuat melihat pada peningkatan mendadak kes Covid-19 di Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.



"Sejak kita mengumumkan beberapa langkah sempadan, situasinya malangnya terus merudum dan kita tahu jangkitan ini merebak di luar India kepada negara sekelilingnya," kata Encik Wong.



Pengumumannya itu menyusuli langkah melarang pemegang pas jangka panjang dan pengunjung jangka pendek yang telah melawat India dalam tempoh 14 hari lalu daripada memasuki atau singgah ke Singapura bagi penerbangan transit menyusuli gelombang kedua jangkitan Covid-19 di India.



India melaporkan 386,452 kes baru pada Jumaat sementara angka kematian berpunca daripada Covid-19 bertambah sebanyak 3,498 kes dalam masa 24 jam, jelas data daripada Kementerian Kesihatan India.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >