Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura siap adakan acara Mice terbesar sejak pandemik

Mar 22, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dijangka mengadakan beberapa acara mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (Mice) terbesarnya tahun ini sejak beberapa kelonggaran bagi langkah keselamatan Covid-19 diumumkan, disokong dengan Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL).



Peraturan yang dilonggarkan itu, yang berkuat kuasa mulai Selasa lalu, antara lain membenarkan 50 peratus kapasiti daripada had tempat, dan bukan pada had kapasiti tertentu.



Keperluan zon juga dibatalkan.



Food&HotelAsia, yang akan mengadakan pertunjukan makanan dan minumannya pada September ini dan satu lagi pertunjukan bagi hotel, restoran dan kafe pada Oktober, menjangka kira-kira 35,000 pengunjung bagi pertunjukan September dan 30,000 pengunjung pula bagi pertunjukan Oktober, lapor The Straits Times.



Peraturan yang dilonggarkan itu akan sangat membantu dalam menarik sejumlah besar hadirin setempat dan antarabangsa, kata Encik Martyn Cox, pengarah acara hospitaliti, makanan dan minuman di Informa Markets Singapura.



Encik Mel Shah, naib presiden Asia di acara dmg, salah satu penganjur bersama acara itu, berkata VTL dan peraturan perjalanan yang dipermudahkan akan sangat membantu.



Peraturan ujian yang dipermudahkan, seperti ujian pantas antigen yang tidak diselia bagi pengunjung VTL, juga akan membantu menarik delegasi ahli perniagaan yang lebih besar, kerana ia mengurangkan beban pentadbiran.



Minggu Air Antarabangsa Singapura (SIWW) 2022, yang akan diadakan bulan depan bersama Sidang Puncak CleanEnviro Singapura, menjangkakan lebih 15,000 peserta merentasi kededua acara.



SIWW 2022 menandakan penyambungan semula pertemuan bersemuka bagi acara tersebut sejak pandemik Covid-19.



Encik Ryan Yuen, pengarah urusan SIWW, berkata acara fizikal terakhirnya diadakan pada 2018.



Tahun ini, SIWW akan menyaksikan peserta dari lebih banyak negara, termasuk 17 negara VTL.



Sumber yang pernah ditugaskan untuk mengurus pengezonan kini boleh dibebaskan untuk memberi tumpuan kepada aspek lain persembahan itu, seperti memudahkan rangkaian, kata Encik Edward Liu, pengarah urusan Conference & Exhibition Management Services Pte Ltd (CEMS), penganjur acara itu.



Pengarah urusan Experia Events, Encik Leck Chet Lam, berkata sebelum pengenalan VTL, kebanyakan acaranya diadakan secara maya.



Pengarah eksekutif pameran dan persidangan Lembaga Pelancongan Singapura, Encik Poh Chi Chuan, berkata pihaknya telah menerima permintaan bagi pemeriksaan tapak daripada penganjur acara untuk melawat Singapura bagi mempersiapkan acara yang akan datang.



Singapura juga telah memperoleh barisan acara yang kukuh untuk tahun ini dan seterusnya.



Acara penting lain tahun ini termasuk Asia Tech x Singapore, World Cities Summit 2022 dan Singapore Apex Business Summit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >