S'pura sokong konvensyen buruh
Jun 13, 2019 | 05:30 AM
SINGAPURA akan meratifikasikan Konvensyen Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan (OSH) di bawah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), dengan sokongan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef).
Pengumuman itu dibuat Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, dalam Sidang Buruh Antarabangsa di Geneva, Switzerland.