Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura sokong usaha G20, PBB bantu rakyat Afghanistan

Oct 13, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA menyokong usaha Kumpulan 20 (G20) bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa dan serantau, termasuk Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada warga Afghanistan, menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Sementara usaha dijalankan bagi menangani isu kemanusiaan, beliau menambah isu keselamatan yang menyebabkan campur tangan pihak antarabangsa di Afghanistan tidak harus diketepikan.



Berkata demikian semasa Mesyuarat Pemimpin G20 berkaitan Afghanistan (ELMA) semalam, Encik Lee berkata sebagai negara kecil, Singapura berbesar hati dapat memainkan peranannya dalam menyokong G20 serta pertubuhan antarabangsa dan serantau dalam memberikan bantuan kemanusiaan.



Singapura telah menghantar Pesawat Tangki dan Pengangkut Berbilang Fungsi A330 (A330 MRTT) untuk membantu operasi pemindahan penduduk Afghanistan dari Qatar ke Jerman sebelum ini.



"Sementara kita menangani masalah kemanusiaan, kita juga tidak harus mengabaikan isu keselamatan yang menggesa campur tangan antarabangsa di Afghanistan. Pengganas ekstremis tidak kenal sempadan," katanya.



Di Singapura, selepas serangan 9/11, beliau mengongsi bagaimana sebuah kumpulan pengganasan, Jemaah Islamiyah, yang mempunyai kaitan langsung dengan Al-Qaeda di Afghanistan ingin menyerang Singapura.



Lantas, Encik Lee menambah Singapura menganggap pengganasan dan situasi di Afghanistan sebagai keprihatinan keselamatan antarabangsa.



"Kami telah menyumbang kepada usaha pembangunan semula wilayah di Afghanistan dan juga kepada Angkatan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF)," ujarnya.



Beliau juga menekankan bahawa situasi di negara itu amat runcing dan keutamaan perlu diletakkan pada keselamatan warga.



Meskipun operasi ISAF telah berakhir, Encik Lee melahirkan harapan agar situasi di Afghanistan tidak memberi peluang kepada pertubuhan pengganas untuk menggunakannya sebagai pangkalan demi membangunkan dan melatih kumpulan ekstremis di seluruh wilayah itu.



Kata Encik Lee: "Saya berharap Afghanistan akan mewujudkan pemerintah yang dapat bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam membangunkan semula negara tersebut, dan menyumbang ke arah keamanan dan kestabilan rantau tersebut."



Encik Lee turut berterima kasih terhadap kepimpinan Perdana Menteri Italy, Encik Mario Draghi yang mengadakan mesyuarat dalam talian itu.



Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) juga mengesahkan komitmen untuk memberikan pakej bantuan sebanyak 1 bilion euro ($1.57 bilion).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >