Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura tambah seganda tapak pengawasan ujian air buangan jelang 2022

Jul 08, 2021 | 10:10 PM



JUMLAH tapak pengawasan ujian air buangan bagi Covid-19 dijangka bertambah seganda tahun depan, jelas Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Buat masa ini, terdapat lebih 200 tapak termasuk dormitori pekerja, asrama, rumah jagaan dan kawasan perumahan di bawah pemantauan dengan 2,500 contoh air buangan diproses setiap minggu.



Berapa kerap contoh air buangan dikumpulkan berbeza dari satu lokasi ke lokasi yang lain bergantung pada matlamat program pengawasan ini, kata NEA pada Rabu (7 Julai). 



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung yang berada di Beo Crescent bagi mempelajari lebih banyak lagi tentang pengambilan contoh air buangan menulis di Facebook pada Rabu bahawa NEA boleh mengesan cebisan virus daripada contoh bahan buangan penduduk di blok sekitar menerusi lurang.



"Secara asas, seseorang yang dijangkiti Covid-19 akan mengeluarkan cebisan virus dalam najis mereka. Dengan mengumpulkan contoh bahan buangan penduduk di blok sekitar menerusi lurang, NEA boleh mengesan cebisan virus ini.



"Dengan mengambil contoh dan mengujinya setiap hari, proses ini boleh mendapat tahu jika virus itu telah merebak kepada lebih ramai orang 



"Ini telah membantu kita mengenal pasti secara awal kelompok jangkitan yang kemungkinan wujud dan langsung bergerak mengujinya dan mengekang kes ini agar mengurangkan penularannya dalam masyarakat.



"Justeru, kerana kaedah ini tidak boleh mengesan individu yang dijangkiti, ia juga sistem amaran awal yang sangat baik yang membolehkan kita secara proaktif menjalankan operasi swab di Hougang, Yishun dan Bukit Merah View bagi mengurangkan jangkitan lanjutan kepada masyarakat meluas," jelas Encik Ong.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >