Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura tarik balik sekatan bagi pelawat Taiwan

Dec 12, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA akan menarik balik sekatan sempadan bagi pelawat dari Taiwan bermula 18 Disember ini, menurut Penguasa Penerbangan Awam (CAAS) semalam.



Pelawat dari Taiwan boleh bermohon mendapatkan Pas Lawatan Udara (ATP) bagi memasuki Singapura.



Mereka perlu berada di Taiwan selama 14 hari berturut-turut sebelum keberangkatan mereka ke Singapura.



Apabila sampai di Singapura, mereka perlu menjalani ujian Reaksi Rantaian Polimerase (PCR) bagi Covid-19 dan jika keputusan itu negatif, mereka akan dibenarkan menjalankan kegiatan di Singapura tanpa Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Taiwan mempunyai sistem pengawalan kesihatan yang menyeluruh dan telah berjaya mengawal penyebaran virus Covid-19.



Sejak 28 hari lalu, Taiwan tidak mempunyai kes Covid-19 setempat.



Inisiatif terbaru ini menyusuli penarikan sekatan sempadan bagi pelawat dari Australia, Brunei, China, New Zealand dan Vietnam.



Bagi melindungi kesihatan awam di Singapura, pemohon ATP yang sudah membuat ujian PCR Covid-19 akan diberitahu keputusan ujian dalam tempoh 48 jam dan biasanya dalam tempoh 12 jam.



Selepas itu, mereka akan dibawa mengambil pengangkutan privet, teksi atau kereta sewa dari lapangan terbang ke tempat penginapan yang mereka isytiharkan.



Mereka akan diletakkan di tempat itu sehingga keputusan ujian sah negatif. Jika negatif, baru mereka dibenarkan menjalani kegiatan lain di sini.



Bagi memudahkan proses jejak kontak, pelawat perlu mendaftar menggunakan aplikasi TraceTogether dalam alat bimbit sebelum berangkat ke Singapura, aktifkannya selama di Singapura dan tidak menghapuskannya 14 hari selepas meninggalkan Singapura.



Jika mereka diuji positif Covid-19, mereka dikehendaki memberikan maklumat apabila diminta Kementerian Kesihatan (MOH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >