S'pura tawar bantuan kepada Filipina untuk atasi pengganasan

MENTERI Pertahanan Dr Ng Eng Hen telah menawarkan bantuan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) bagi menangani ancaman pengganasan di Filipina bersama Pasukan Bersenjata Filipina (AFP).

Menurut satu kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam, bantuan itu termasuk sebuah pesawat C-130 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), bagi menghantar bekalan bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang melarikan diri dari bandar Marawi, selatan Filipina.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan