Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura tawar bantuan tambahan dalam operasi menyelamat pesawat MAS

Pesawat C-130 RSAF telah berangkat untuk membantu
Mar 11, 2014 | 05:16 PM



MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, telah menyampaikan rasa simpati dan menawarkan bantuan tambahan kepada kerajaan Malaysia bagi membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat MAS MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan menuju ke Beijing, China, pagi tadi


Sebuah kapal terbang C-130 milik Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) telah pun berangkat sekitar 12 tengah hari tadi untuk membantu dalam operasi tersebut yang diselaraskan di kalangan RSAF, Pusat Penyelaras Menyelamat Singapura (RCC) dan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), kata Kementerian Pertahanan (Mindef) lewat malam tadi.


"Bila saya dengar berita tentang kehilangan pesawat MAS MH370 awal hari ini, rasa simpati saya kepada keluarga-keluarga penumpang dan mereka yang tercinta, terutama kepada jiran-jiran Malaysia kita.


"Mindef segera melakarkan pelan untuk membantu dalam usaha-usaha mencari bagi ditawarkan kepada Kerajaan Malaysia," kata Dr Ng semasa dihubungi Channel NewsAsia malam tadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >