Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LAWATAN PERDANA MENTERI LEE HSIEN LOONG KE AMERIKA SYARIKAT

S'pura, AS tegaskan jalinan pertahanan kuat, penting kehadiran Amerika di Asia

PM Lee jelaskan sebab S'pura tegas terhadap Moscow kerana serang Ukraine, Washington hargai pendirian Republik
Mar 30, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Lloyd Austin, kelmarin menegaskan semula hubungan pertahanan kuat antara negara mereka serta peri penting kehadiran Amerika di rantau Asia-Pasifik.



Mereka juga membincangkan serangan Russia ke atas Ukraine, dengan Encik Lee menjelaskan mengapa Singapura mengambil pendirian tegas terhadap Moscow dan Encik Austin melahirkan penghargaan bagi pendirian Singapura.



Encik Lee, yang dalam lawatan kerja ke Amerika hingga 2 April, mengunjungi Encik Austin di Pentagon, ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika di luar Washington.



Setiba di Pentagon, Encik Lee disambut pasukan kehormatan tentera, dengan pembawa bendera membawa bendera Singapura dan Amerika serta disambut secara peribadi oleh Encik Austin.



Singapura dan Amerika mempunyai hubungan pertahanan dua hala amat baik dan telah lama terjalin, kata Encik Lee, sambil menyifatkannya sebagai elemen penting bagi perkongsian kukuh antara dua negara itu.



"Kami berkongsi keyakinan bahawa kehadiran Amerika di Asia-Pasifik penting bagi keamanan, kemantapan dan kemakmuran berterusan di rantau itu, dan Singapura terus menyokong kehadiran tentera Amerika di Asia," kata Encik Lee, lapor The Straits Times.



Encik Austin, yang melawat Singapura Julai tahun lalu dalam lawatan pengenalan ke rantau itu, berkata Singapura kekal sebagai salah satu rakan pertahanan paling bernilai Amerika.



Beliau juga menyifatkan sokongan Singapura kepada tentera Amerika sebagai "sauh bagi kehadiran Amerika di Indo-Pasifik".



"Kerjasama ketenteraan kami telah lama membantu memastikan keselamatan di rantau itu," tambah Encik Austin.



Dua pemimpin itu juga membincangkan perkembangan antarabangsa dan serantau, termasuk serangan Russia terhadap Ukraine, sedang konflik ketenteraan terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua itu memasuki bulan kedua.



Singapura telah mengenakan sekatan kewangan dan perdagangan ke atas Moscow dan melarang barangan tertentu, termasuk elektronik dan komputer, daripada dieksport ke Russia, sekali gus mengambil kedudukan lebih tegas daripada kebanyakan negara jirannya di rantau ini.



Encik Lee berkata: "Apabila konflik di Ukraine tercetus, Singapura mengambil pendirian kukuh berlandaskan prinsip, kerana bagi kami, prinsip bahawa kedaulatan, integriti wilayah dan sempadan negara tidak boleh dilanggar dan menyalahi Piagam PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) adalah satu perkara asas dan wujud."



Encik Austin berkata Amerika amat menghargai kenyataan dan tindakan tegas Singapura menentang pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



"(Pemimpin Russia Vladimir) Putin amat memandang rendah keazaman dunia untuk mengenakan kos ke atas Russia bagi pencerobohan tanpa provokasinya," kata ketua pertahanan Amerika itu.



Beliau menambah: "Perang pilihan Putin menekankan keperluan mempertahankan kebebasan, sistem antarabangsa bebas dan terbuka, di rantau Indo-Pasifik, serta Eropah."



Pada 2019, Singapura dan Washington memperbaharui memorandum persefahaman (MOU) mengenai penggunaan kemudahan Amerika di Singapura, yang asalnya ditandatangani pada 1990.



Dalam satu kenyataannya, Setiausaha Akhbar Encik Lee, Chang Li Lin, berkata dua pemimpin itu turut membincangkan peluasan kerjasama pertahanan dalam bidang seperti siber, kecerdasan buatan (AI) dan latihan bersama.



Encik Lee dijadual bertemu Presiden Amerika, Encik Joe Biden, dan Naib Presiden, Cik Kamala Harris, semalam (waktu tempatan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >