S'pura tekad jalankan vaksinasi dua pertiga penduduk jelang Hari Kebangsaan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

S'pura tekad jalankan vaksinasi dua pertiga penduduk jelang Hari Kebangsaan

Jun 24, 2021 | 06:37 PM

SINGAPURA akan mempercepatkan program vaksinasi nasional mulai Sabtu ini dengan matlamat menjalankan vaksinasi penuh ke atas dua pertiga penduduk negara ini menjelang Hari Kebangsaan pada 9 Ogos.

Ini didedahkan pasukan bertindak berbilang kementerian tentang Covid-19 di sidang media pada Khamis (24 Ogos).

Sasaran ini dikemukakan selepas Kementerian Kesihatan (MOH) dapat mempercepatkan tarikh kiriman bekalan vaksin. Sehingga 80,000 dos akan ditadbir secara harian mulai 26 Jun, tambahan dari 47,000 dos kini dan 40,0o0 dos pada Mei.

"Ia adalah sasaran bercita-cita tinggi tetapi bekalan membolehkan, lantas kami dapat mencapainya sedang kami berusaha mempercepat vaksinasi," kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.

Beliau menambah, garis panduan awam bagi mereka yang divaksinasi akan disemak dalam masa beberapa minggu ini sedang vaksinasi dipercepatkan. Sebagai contoh, mereka yang sudah menjalani vaksinasi mungkin dibenarkan berhimpun dalam kumpulan lebih besar dengan peraturan jarak selamat yang lebih dilonggarkan.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Bergantung pada mana-mana negara yang individu sudah divaksinasi ini kembara, mereka juga boleh dibenarkan menjalani kuarantin lebih pendek atau tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) lebih pendek sejurus tiba di Singapura atau langsung tidak dikenakan kuarantin dan menggantikannya dengan ujian Covid-19.

Dalam masa beberapa hari ini, 500,000 slot janji temu bagi suntikan dos pertama yang baru akan ditambah pada tempoh antara kini hingga pertengahan Julai. Lebih banyak slot tambahan akan ditambah dalam masa beberapa minggu mendatang.

Sehingga 23 Jun, lebih tiga juta penduduk sudah menjalani vaksinasi dengan sekurang-kurangnya satu suntikan diterima manakala dua juta daripada mereka sudah penuhi rejim vaksinasi dua suntikan. Ini bererti 53 peratus penduduk setempat sudah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan manakala 36 peratus pula sudah menerima dua suntikan, jelas Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Tempoh keutamaan dua minggu yang diberi kepada warga Singapura antara 12 dengan 39 tahun mendaftar bagi suntikan pertama mereka telah dilanjutkan seminggu hingga 1 Julai. Mereka yang telah menempah slot bagi suntikan pertama dengan janji temu pada pertengahan hingga penghujung Julai 2021 akan digalakkan untuk mengawalkan janji temu mereka juga.

Penduduk Tetap Singapura dan pemegang pas jangka panjang akan diundang bagi membuat janji temu mulai 2 Julai.

"Kami berharap bekalan vaksin akan terus datang dan membolehkan kami mengekalkan suntikan 80,000 dos sehari antara Julai hingga Ogos. Jika kita boleh melakukannya, sekitar separuh kedua Julai, kita akan secara substantif mentadbir kebanyakan daripada vaksinasi ini, jika tidak semua, sekurang-kurangnya suntikan dos pertama buat mereka yang bersedia menerimanya," ujar Encik Ong.

Jika bekalan vaksin terus tiba seperti yang dirancang, MOH akan menyemak rejim suntikan dos yang dilewatkan kini iaitu antara enam hingga lapan minggu antara dua suntikan kepada empat minggu.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map