Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura telah ambil langkah perlahankan jangkitan Omicron

MOH: Pemulihan di rumah, ujian sendiri bagi pesakit varian baru itu pada masa depan
Dec 27, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA melaksanakan langkah pencegahan bagi menyekat penularan dalam masyarakat, sedang dunia berusaha untuk meneliti dan memahami varian Omicron, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Menurut MOH, Omicron menyebabkan ketidaktentuan yang signifikan dalam usaha global memerangi Covid-19.



Justeru, sementara dunia berlumba bagi meneliti dan memahami varian itu, Singapura telah melaksanakan langkah pencegahan untuk menyekat penularannya dalam masyarakat.



"Ini memberi kami lebih banyak masa untuk menjalankan suntikan penggalak, mendapatkan lebih ramai divaksin dan mempertingkatkan keupayaan unit jagaan rapi," kata jurucakap MOH.



MOH berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media sebagai respons kepada rencana terbitan media Bloomberg, yang bertajuk 'Singapore's Travelers Face Omicron Chaos' (Pelawat Singapura berdepan kekecohan Omicron) pada 23 Disember lalu.



Antara langkah sekarang ialah ujian lebih ketat untuk pelawat ke sini, penjejakan kontak dan menempatkan individu yang terdedah atau dijangkiti di kemudahan kuarantin atau pemulihan khusus.



MOH berkata pemulihan di rumah dan pengujian sendiri akan menjadi sebahagian daripada proses bagi mereka yang dijangkiti varian Omicron Covid-19 pada masa mendatang.



Langkah pencegahan sekarang bagi menyekat penyebaran Omicron bersifat sementara, untuk memberi masa kepada Singapura mempelajari lebih banyak tentang varian itu dan menyesuaikan responsnya.



"Sejak beberapa minggu lalu, ia menjadi semakin jelas bahawa ini adalah varian yang lebih mudah disebarkan dan ada petanda ia mempunyai kemungkinan lebih rendah berlakunya penyakit teruk dalam kalangan individu yang dijangkiti."



"Dengan keadaan yang lebih jelas, kami akan pada masa depan, menyepadukan langkah kesihatan awam di antara Omicron dan varian Covid-19 lain.



"Ini termasuk pemulihan di rumah dan menggantikan kuarantin dengan rejim pengujian sendiri, kesemuanya ini adalah langkah penting untuk hidup dengan Covid-19," ujar jurucakap MOH.



Rencana Bloomberg itu menukil pengalaman tiga orang yang tiba di Singapura menerusi penerbangan Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) yang bebas kuarantin.



Dalam pengalaman pertama, seorang warga negara Eropah yang positif Covid-19 disyaki mempunyai varian Omicron, dibawa ke sebuah hotel kuarantin dan terpaksa berkongsi bilik dengan seorang tidak dikenali.



Isterinya mendakwa pihak berkuasa cuba "beberapa kali" untuk mengambil anak mereka yang berusia di bawah 10 tahun dan positif, ke sebuah hospital secara sendirian atau ke sebuah bilik hotel.



Dalam kes kedua, seorang warga Britain yang diuji positif setibanya di sini berkata beliau menerima maklumat bercanggah tentang apa yang harus dibuat. Wanita itu berkata beliau tidak diberikan makan malam bila dihantar ke Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID) dan berdepan dengan bil hospital yang mencapai ribuan dolar.



Contoh ketiga ditukil ialah seorang warga Singapura yang kembali dari Amerika Syarikat harus menjalani kuarantin kerana dipercayai adalah kontak rapat dengan seorang yang diuji positif Omicron dalam penerbangannya. Lelaki berkenaan bingung dengan apa yang disifatkan sebagai 'rapat' kerana beliau menaiki penerbangan kelas bisnes dan jauh dari penumpang lain.



Dalam responsnya itu, MOH berkata langkah ini adalah sama seperti apa yang dilaksanakan semasa munculnya varian Delta seperti ujian lebih ketat untuk pelawat ke sini serta penjejakan kontak.



"Bagi memanfaatkan sepenuhnya keupayaan penjagaan kesihatan keseluruhan, mereka yang positif Covid-19, mungkin diasingkan di kemudahan penjagaan dengan pesakit positif lain," tambah MOH.



Menurut jurucakap MOH lagi, bercanggah dengan apa yang dinyatakan rencana itu, anak-anak tidak dipisahkan daripada keluarga mereka.



Mereka yang berusia 12 tahun ke bawah akan tetap bersama dengan penjaga mereka manakala mereka berusia 13 tahun hingga 19 tahun dibenarkan diasingkan sendirian hanya dengan kebenaran bertulis daripada penjaga mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >