Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura telah tanam hampir 400,000 pokok, mahu capai sasaran 1j 2030

Aug 20, 2022 | 07:56 PM




SEJAK April 2020, Singapura telah menanam hampir 400,000 pokok dibawah projek gerakan OneMillionTrees, menurut Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



"Pergerakan OneMillionTrees adalah komponen utama dalam usaha kami untuk mengubah Singapura menjadi Bandar dalam Alam Semula Jadi, sebagaimana dalam Rancangan Hijau Singapura 2030. 



“Dan jika kita lihat pada persekitaran dan cuaca sekarang, bukan Singapura sahaja tetapi di seluruh dunia mengalami gelombang panas, kebakaran, kemarau. Ini semua adalah amaran untuk kita lebih berusaha untuk menangani perubahan iklim sebagai penduduk bumi," katanya pada acara penanaman pokok Onemilliontrees di Universiti Teknikal Kebangsaan (NTU).









Matlamat serta misi gerakan OneMillionTrees, adalah untuk menanam satu juta pokok di merata Singapura menjelang tahun 2030.



Pokok-pokok akan ditanam sepanjang jalan raya, di taman-taman, ruang masyarakat, estet perumahan serta di sekolah-sekolah.









Semalam, ahli masyarakat di NTU menanam sebanyak 100 pokok sepanjang Nanyang Avenue.



Jenis pokok yang ditanam merupakan Melaleuca Cajuputi (Pokok Kulit Kertas), yang berasal dari Singapura. 



Pokok ini boleh membesar sehingga ketinggian 40 meter dan dianggap telah pupus di Hutan Rimba. Usaha ini membantu proses pemuliharaan pokok ini.









“Memandangkan NTU terletak di atas tanah yang pernah menjadi paya pada tahun 1970-an, disini juga akan ditanam pokok jenis Tristaniopsis obovata (Sea tristania) dan Memecylon coeruleum (Nipis Kulik).  





 



“Ini adalah pokok asli yang biasa ditemui di sepanjang pantai Singapura.” tambah Encik Desmond.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >