SINGAPURA melonjak enam tempat dari 2013 ke tempat paling atas sebuah indeks yang menyenarai persekitaran pertumbuhan perniagaan 60 ekonomi terbesar di dunia.
Indeks Dinamisme Sejagat 2015 Grant Thornton itu berdasarkan data yang dikumpul oleh Unit Penyelidikan Economist, dan mengukur potensi pertumbuhan keseluruhan sesebuah negara dalam lima bidang - persekitaran operasi perniagaan, persekitaran pembiayaan, pasaran buruh, teknologi, dan pertumbuhan pasaran.
Israel menduduki tempat kedua, diikuti Australia, Finland dan Sweden.
Singapura mendahului negara lain kerana:
1. Rangka kerja politik, undang-undang dan tadbir urus. Ini termasuk kemantapan politik, sistem kawal selia kewangan bermutu tinggi dan galakan pemerintah bagi keusahawanan dan persaingan
2. Akses oleh syarikat kepada pembiayaan jangka sederhana dan kedalaman pasaran perbankan domestik
3. Beban cukai korporat rendah
4. Halangan rendah kepada aliran perdagangan dan pertukaran antarabangsa
5. Kadar pengangguran rendah
6. Pelaburan tinggi dalam teknologi maklumat
Bagaimanapun, Grant Thornton berkata Singapura juga menghadapi kekurangan dalam tiga bidang utama: jumlah penggabungan dan pengambilalihan, daya penghasilan buruh dan penduduk semakin tua.