Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura teroka rancangan bangun terminal 'teksi udara' di Taman Aeroangkasa Seletar

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang meneroka rancangan membangunkan terminal mendarat dan berlepas bagi teksi udara di Taman Aeroangkasa Seletar.



Ia merupakan antara idea yang diterokai selepas taman itu dikenal pasti sebagai hab mobiliti udara lanjutan (AAM) bagi membangunkan sektor tersebut.



Semalam, JTC, yang merupakan perancang induk bagi Taman Aeroangkasa Seletar, dan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) mengumumkan pemeteraian dua memorandum persefahaman (MOU) dengan dua syarikat mobiliti udara - Skyports dan Volocopter.



Ini bertujuan mengkaji bagaimana taman aeroangkasa itu dapat menyokong pertumbuhan sektor AAM di Singapura.



Menurut satu kenyataan bersama antara EDB, JTC, Skyports dan Volocopter semalam, MOU bersama Skyports itu akan memanfaatkan pengalaman mereka membina prasarana berlepas dan mendarat bagi teksi udara untuk mengkaji idea bagi pembangunan akan datang Taman Aeroangkasa Seletar.



Ini termasuk prasarana seperti terminal 'vertiport' teksi udara, prasarana bahagian udara, tempat menyimpan dan menyelenggara kapal terbang serta prasarana untuk menyokong penyelidikan dan pengembangan (R&D) dan latihan juruterbang.



Ketua Asia Pasifik Skyports, Encik Yun Yuan Tay, menyifatkan Singapura sebagai perintis bagi mobiliti masa akan datang di rantau Asia Pasifik dan pertubuhannya gembira dapat bekerjasama dengan EDB dan JTC untuk mengkaji semua elemen yang diperlukan untuk mewujudkan hab AAM di Taman Aeroangkasa Seletar.



"Operasi Singapura Skyports berpangkalan di Taman Aeroangkasa Seletar dan kami sudah dapat melihat potensi bagi prasarana ini untuk disepadukan sebagai sebahagian rangkaian 'vertiport' pada masa akan datang," ujarnya.



Sementara itu, MOU dengan perintis dalam bidang mobiliti udara bandar, Volocopter, pula bertujuan mengkaji kemungkinan membangunkan prasarana dan sumber di Taman Aeroangkasa Seletar untuk menjalankan perkilangan serta kegiatan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi pesawat elektrik yang berlepas dan mendarat secara menegak, atau electric vertical take-off and landing aircraft (eVTOL).



Ketua Pegawai Komersial Volocopter, Encik Christian Bauer, berkata kerjasama itu dapat mempertingkat kedudukan Singapura sebagai hab penerbangan utama dan peneraju industri AAM di rantau ini.



Pada 2019, Skyports dan Volocopter mempamerkan prototaip 'vertiport' teksi udara penumpang skala penuh pertama dunia di Singapura, dengan harapan mewujudkan rangkaian vertiport dan khidmat teksi udara komersial di negara ini menjelang 2024.



Naib Presiden Eksekutif EDB, Encik Tan Kong Hwee, berkata EDB komited memastikan Singapura berada di kedudukan baik untuk merebut peluang dalam sektor AAM dan mengalu-alukan kerjasama bersama Skyports dan Volocopter untuk mengembangkan sektor itu di sini.



Tambahnya, ini bertujuan mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan yang baik buat Singapura dan warga Singapura.



Penolong Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kelompok Industri JTC, Encik Alvin Tan, pula berkata kerjasama itu menandakan babak baru dalam perjalanan pembangunan Taman Aeroangkasa Seletar dan mereka mengalu-alukan lebih ramai rakan kerja untuk menyertai usaha tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >