Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura teroka tenaga hibrid guna tenaga angin, suria dan pasang surut

Oct 27, 2022 | 06:49 PM



Sejenis sistem penghasilan tenaga baru yang memanfaatkan kombinasi tenaga suria, angin dan pasang surut, mungkin akan dibangunkan di sini.



Keppel Infrastructure, Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) akan menjalankan satu kajian bersama tentang kebolehlaksanaan membangunkan sistem tenaga hibrid yang boleh diperbaharui di Singapura, kata mereka hari ini. (27 Oktober)



Sekiranya boleh dilaksanakan, kesemua pihak merancang mereka dan melaksanakan satu sistem pengerahan dengan sekurang-kurangnya 100 MW kapasiti tenaga yang boleh diperbaharui, yang boleh dipertingkat saban masa.



Selepas melaksanakan sistem dengan berjaya di Singapura, sasarannya adalah untuk meluaskan inovasi ini ke rantau lain dalam Asia dan selanjutnya.



Sistem ini terdiri daripada platform suria terapung yang mampu diintegrasikan dengan teknologi tenaga lain yang boleh diperbaharui, seperti sistem pengubah tenaga ombak laut,  turbin dan dayungan tenaga pasang surut serta , serta turbin angin.



Kajian itu akan meneroka tapak ujian luar pesisir di perairan Singapura.



Dengan menggunakan sistem tenaga saling melengkapi ini, penghasilan kuasa yang berterusan boleh disediakan sepanjang 24 jam setiap hari, sedang kadar ruang marin yang diperlukan bagi operasi dapat dikurangkan, kata ketiga-tiga pihak itu.



Memorandum Persefahaman (MOU) bagi kajian itu ditandatangani hari ini di Sidang Puncak Tenaga Bersih Asia 2022, yang merupakan sebahagian daripada Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura yang berlangsung di Marina Bay Sands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >