Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura terus perkukuh sokongan untuk keluarga: PM Lee

Jun 04, 2022 | 02:59 PM



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata pemerintah akan terus menyokong keluarga, dan memupuk keluarga ‘buatan Singapura’.



Menekankan demikian di pelancaran acara Minggu Keluarga Nasional (NFW) pada Sabtu (4 Jun), Encik Lee berkata satu fokus utama adalah untuk menanam nilai-nilai kekeluargaan dalam anak-anak sejak awal, seperti kasih sayang, kepedulian, keprihatinan, hormat dan komitmen.



Ini nilai-nilai yang menjadi tunggak keluarga kukuh, katanya.



“Pemerintah akan terus menyokong keluarga kita, dan memupuk Keluarga Buatan Singapura.



“Manfaat perkahwinan dan keibubapaan kita membantu warga Singapura sedar akan aspirasi dan memulakan keluarga.



“Dasar milik rumah kita membenarkan ramai untuk memiliki flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan membesarkan keluarga.



“Kita telah meluaskan pendidikan prasekolah, untuk memberi setiap kanak-kanak warga Singapura permulaan yang baik dalam kehidupan; dan kami akan terus meluaskan sokongan bagi warga senja agar mereka dapat menua dengan sempurna dalam masyarakat,” katanya.



Karnival percuma itu berlangsung selama dua hari di Dewan Konvensyen dan Pameran Suntec Singapore.



Karnival serupa juga akan berlangsung di tiga lokasi lain yang dekat dengan estet perumahan, iaitu Our Tampines Hub, pusat beli-belah Lot One dan Northpoint City, mulai esok hingga 12 Jun.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >