Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura tetap matlamat perbaiki usaha latih, lengkapi pendamping bekas pesalah dadah: Faishal

Jun 08, 2021 | 12:15 AM



GOLONGAN pendamping boleh dilatih dengan lebih baik lagi dan dilengkapi dengan keupayaan membantu bekas pesalah dadah dengan menutupi ketidakpekaan individu ini dan mengalihkan mereka daripada jerat ketagihan semula.



Ini adalah bahagian utama usaha memulihkan bekas pesalah dan menyepadukan mereka semula dengan masyarakat, satu proses yang memerlukan sokongan keluarga dan masyarakat juga, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim pada Isnin (7 Jun).



"Satu detik ingatan boleh mencetus anda kembali pada penagihan dadah...Apabila seseorang terfikir untuk kembali menagih dadah, seharusnya ada seseorang yang boleh mereka bergantung harap bagi mendapatkan bantuan," jelas Profesor Faishal dalam satu wawancara bersama stesen radio Money FM 89.3.



Profesor Faishal yang juga Menteri Negara (Pembangunan Negara) berkata, penting bagi bantuan ini datang daripada mereka yang ada kaitan dengan pemerintah dan agensi kerjasamanya dengan matlamat membentuk rangkaian lebih erat dan rapat.



Beliau memberi contoh Rangkaian Tindakan Masyarakat Bagi Pemulihan Bekas Pesalah (Care) yang ditubuhkan pada tahun 2000 dan terdiri daripada campuran agensi pemerintah dan lebih 100 rakan masyarakat.



Salah satu rakan ini adalah Fitrah (Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga) yang dilancarkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 2019.



Fitrah telah mendapatkan khidmat hampir 200 pendamping yang mengunjungi keluarga bekas pesalah dan banduan untuk menghubungkan mereka dengan program bantuan sosial yang tersedia.



Mengenai usaha menyediakan bekas pesalah dengan proses pemulihan terbaik, Profesor Faishal berkata:



"Ia adalah perjalanan yang panjang dan saya harus katakan ia tidak mudah. Saya berharap lebih ramai rakan kerjasama masyarakat akan menyertai kita dalam menyediakan sekitaran yang menyokong bekas pesalah yang mula kembali menyepadukan diri dalam masyarakat."



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >