Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura tiada lagi kelompok jangkitan Covid-19: MOH

Nov 24, 2020 | 11:56 PM




KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan tiada lagi kelompok Covid-19 di Singapura buat kali pertama sejak 3 Februari 2020.





Ini berikutan penutupan kelompok di Cassia @ Penjuru (15 Penjuru Walk) kerana tiada lagi kes yang dikaitkan dengannya selama dua tempoh inkubasi iaitu 28 hari.





Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa malam (24 Nov), MOH berkata terdapat 18 kes Covid-19 baru sehingga 12 tengah hari tadi (24 Nov) dengan kesemuanya merupakan kes import.





Dua warga Singapura yang pulang dari Belanda dan Indonesia merupakan antara 18 kes baru itu.





Lagi 14 merupakan mereka yang bekerja di sini.





Salah seorang daripada mereka merupakan pemegang pas kerja yang tiba dari Pakistan sementara lagi 13 lain merupakan pembantu rumah yang tiba dari India, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Arab Saudi.





Kes baru lain merupakan pemegang pas tanggungan dan pemegang pas lawatan jangka pendek.





Kesemua mereka telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.





Tiada kes masyarakat mahupun di dormitori dilaporkan pada Selasa, tambah MOH.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >