Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura tidak akan kembali laksana sekatan pemutus litar

Namun langkah diambil jika sistem hospital dibebani
Sep 11, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA tidak akan melaksanakan langkah sekatan seperti dalam tempoh Kewaspadaan Dipertingkat dan Pemutus Litar sebelum ini, tetapi sedia melaksanakannya semula jika sistem hospital dibebani.



"Kami tidak fikir ada keperluan untuk kembali ke tahap Kewaspadaan Dipertingkat dan Pemutus Litar buat masa ini. Ini adalah langkah terakhir dan kami tidak mengetepikannya secara keseluruhan. Jika kami melihat risiko sistem hospital dibebani, kami perlu memperkenalkannya," kata Encik Lawrence Wong dalam sidang maya Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) Covid-19 semalam.



Beliau, yang juga Menteri Kewangan menekankan sekarang bukan masanya untuk meneruskan langkah pembukaan semula memandangkan kes jangkitan Covid-19 di sini melonjak sejak seminggu lalu.



Namun katanya, kenaikan jumlah kes memang dijangkakan setelah republik ini melonggarkan sekatan.



"Semua negara yang membuka semula (ekonomi) perlu menangani gelombang seperti ini. Bagi kami, ia berlaku lebih pantas daripada yang dijangkakan. Ini juga kali pertama sejak sekatan pergerakan dilonggarkan kami lihat gelombang baru yang besar jangkitannya dalam masyarakat," kata Encik Wong.



Bezanya sekarang, Singapura kini menikmati kadar vaksinasi lebih tinggi.



"Oleh itu kami telah katakan sebelum ini, tumpuan kami bukan sahaja bilangan jangkitan seharian, malah kes serius yang memerlukan (bantuan) oksigen dan jagaan ICU (unit jagaan rapi)," kata Encik Wong.



Sedang bilangan pesakit Covid-19 di ICU kini rendah, Singapura tidak boleh ambil ringan dan anggap ia akan kekal rendah dalam minggu-minggu akan datang. Ini kerana penyakit teruk ini selalunya datang sekitar dua minggu setelah seseorang dijangkiti, kata Encik Wong.



Kelmarin, Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan, seramai 664 pesakit Covid-19 masih dirawat di hospital. Ini termasuk tujuh dalam ICU dan 26 yang memerlukan bantuan oksigen.



Pengarah khidmat perubatan Singapura, Profesor Madya Kenneth Mak, berkata siasatan MOH menunjukkan penularan telah berlaku di tempat kerja, serta dalam kegiatan sosial dan di rumah, sekali gus menyumbang kepada kelompok jangkitan besar yang dilihat di pusat beli-belah Bugis Junction dan pusat tukaran bas di serata Singapura.



"Jangkitan ini mungkin didorong oleh interaksi rapat antara individu, dan juga antara kumpulan individu berbeza yang menanggalkan pelitup.



"Terdapat juga pelanggaran langkah pengurusan selamat dan peraturan memakai pelitup yang menyumbang lagi kepada penularan itu," kata Profesor Madya Mak.



Sebelum ini, MTF telah mengumumkan perhimpunan sosial di tempat kerja tidak dibenarkan mulai Rabu lalu.




"Kami tidak fikir ada keperluan untuk kembali ke tahap Kewaspadaan Dipertingkat dan Pemutus Litar buat masa ini. Ini adalah langkah terakhir dan kami tidak mengetepikannya secara keseluruhan. Jika kami melihat risiko sistem hospital dibebani, kami perlu memperkenalkannya.

Semua negara yang membuka semula (ekonomi) perlu menangani gelombang seperti ini. Bagi kami, ia berlaku lebih pantas daripada yang dijangkakan. Ini juga kali pertama sejak sekatan pergerakan dilonggarkan kami lihat gelombang baru yang besar jangkitannya dalam masyarakat."

- Encik Lawrence Wong, pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >