SINGAPURA tidak akan membenarkan kapal perang 'Usman Harun' - nama sempena dua marin Indonesia yang terlibat dalam pengeboman di Orchard Road - berlabuh di pelabuhan atau pangkalan tentera laut di sini.
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), sebagai pelindung negara, juga tidak akan belayar seiring atau terlibat dalam latihan bersama kapal itu, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, di Parlimen semalam.