Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura tidak mampu lewa dalam usaha tangani Covid-19, kerjasama sejagat kunci utama: PM Lee

May 19, 2021 | 11:05 PM



SINGAPURA tidak mampu bersikap lewa dalam usahanya mengawasi Covid-19 kerana virus ini akan muncul dalam bentuk baru yang tidak dapat difikirkan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. 



Sedang angka kematian Covid-19 di negara ini rendah pada 31 kes dan berada dalam keadaan mantap, keadaannya belum lagi reda dengan kelompok yang cepat membiak lagi baru dikesan membawa pada kekangan lebih ketat dan undang-undang perhimpunan dikuatkuasakan, tambah Encik Lee.



"Setiap kali anda rasa anda sudah kawal situasi Covid-19 di sini dan anda tahu bagaimana ingin memberi tindak balas kepadanya, ia muncul pula dalam arah baru," jelasnya.



"Ia mungkin mutan, ia mungkin saluran baru yang anda tidak kesan tetapi anda tidak mampu memperlahankan usaha anda dan anda harus sentiasa fikir melepasi apa yang anda rasakan kemungkinan akan berlaku," ujarnya pada Rabu (19 Mei).



Encik Lee menyampaikan pengamatannya di Forum Global Mengenai Pemulihan Ekonomi anjuran Dewan Perniagaan Amerika yang julung-julung kalinya diadakan bagi menyatukan pemimpian perniagaan dalam membincangkan peluang dan hambatan bagi pemulihan sejagat.



Dalam sesi sembang maya spontan bersama Naib Presiden Eksekutif Dewan Perniagaan Amerika, Encik Myron Brilliant, Encik Lee berkata pengalaman silam Singapura menangani Sars pada 2003 membantunya menangani pandemik koronavirus ini.



Pandemik ini, jelas Encik Lee, juga mengingatkan setiap orang tentang kepentingan kerjasama antarabangsa.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >