Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, tiga negara Asean calonkan kebaya warisan budaya Unesco

Nov 24, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA bersama Brunei, Malaysia dan Thailand telah mencalonkan kebaya untuk dilestarikan dalam Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (ICH).



Pencalonan yang akan dikemukakan pada Mac 2023 ini akan memartabatkan kebaya yang telah wujud sejak permulaan abad ke-20 sebagai busana budaya dan tradisi banyak masyarakat di Asia Tenggara.



Ini menandakan pencalonan berbilang negara pertama melibatkan empat negara.



Idea pencalonan kebaya ini dicadang dan diselaraskan oleh Malaysia dan dibincangkan sebagai sebahagian siri mesyuarat kerja dalam kalangan beberapa negara pada 2022.



Brunei, Malaysia, Singapura dan Thailand bersetuju bekerjasama dalam pencalonan tersebut kerana kebaya mewakili dan meraikan sejarah kaya di rantau ini dan menggalakkan pemahaman silang budaya.



Cik Chang Hwee Nee, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Warisan Negara (NHB), berkata kebaya menjadi aspek utama dalam perwakilan dan paparan warisan budaya dan identiti bagi kaum Melayu, Peranakan dan masyarakat lain di Singapura.



"Pencalonan berbilang negara ini menggariskan kepelbagaian budaya dan akar umbi kita dengan rantau ini dan mengiktiraf pengetahuan, kemahiran artisan dan nilai sosiobudaya yang berkaitan dengan kebaya," katanya.



Kebaya mewakili sebahagian besar warisan Melayu dan mencerminkan gabungan unik budaya di Asia Tenggara.



Masyarakat berbaju kebaya berbangga dengan gaya jahitan dan sulaman mereka sendiri, yang diturunkan daripada generasi kepada generasi.



Reka bentuk kebaya menunjukkan gabungan budaya contohnya, motif tradisional Jawa dan corak batik seperti kawung (buah sawit), atau motif daripada budaya Melayu, Cina, India ataupun tradisi dari Eropah, sama ada bunga dan haiwan, makhluk mitos, atau kiasan elemen.



Pereka kebaya tempatan dan tukang jahit butik Kebaya By Ratianah, Cik Ratianah Tahir, berkata beliau gembira kerana pencalonan ini akan mewujudkan kesedaran lebih besar tentang kebaya di pentas global dan menggalakkan beliau meningkatkan usaha memupuk penghargaan dan pemeliharaan warisan.



"Ia memberi saya kepuasan paling besar, melihat semua peringkat umur, terutamanya golongan muda, memakai kebaya. Adalah satu penghormatan bagi saya untuk menyumbang, walaupun sebahagian kecil pada pihak saya, kerana saya percaya bahawa kebaya adalah lambang identiti berbilang negara kita tanpa mengira siapa kita dan dari mana asal kita."



Penggiat teater dan peminat busana kebaya, Cik Aidli Mosbit, juga teruja kebaya bakal mendapat pengiktirafan itu.



"Kebaya membolehkan kita melahirkan budaya kita. Apabila dikenakan dengan sarung, seseorang itu boleh kelihatan anggun dan manis. Kebaya juga sesuai dikenakan untuk mana-mana majlis," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >