Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, UK meterai perjanjian dagang

Dec 11, 2020 | 05:30 AM



PERJANJIAN Perdagangan Bebas (FTA) antara Singapura dengan Britain telah ditandatangani Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing dan Setiausaha Negara Perdagangan Antarabangsa Britain Elizabeth Truss di sini semalam, menjadikannya FTA pertama yang ditandatangani Britain dengan negara Asean.



Perjanjian tersebut akan memberi ketentuan dalam pengaturan perdagangan bagi syarikat kedua-dua negara.



Di bawah FTA tersebut, syarikat Singapura dan Britain dapat menikmati faedah serupa di bawah FTA Kesatuan Eropah (EU)-Singapura (EUSFTA).



Ini termasuk penghapusan tarif untuk perdagangan barang, peningkatan akses kepada pasaran perkhidmatan dan perolehan pemerintah masing-masing, serta pengurangan halangan bukan tarif dalam empat sektor besar - elektronik; kenderaan bermotor dan bahagian kenderaan; produk farmaseutikal dan alat perubatan; serta penjanaan tenaga boleh diperbaharui.



Menganggap penandatanganan FTA itu sebagai "satu lagi titik penting dalam persahabatan lama dan rapat antara Singapura dan Britain", Encik Chan berkata:



"Kedua-dua negara kita berkongsi kepercayaan yang kuat untuk memandang ke luar dan bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk maju dan mencapai kesejahteraan bersama.



"Ini sebabnya penandatanganan UKSFTA hari ini (semalam) merupakan acara yang signifikan. Ia menunjukkan bahawa meskipun di tengah-tengah pandemik dan kemelesetan paling teruk dalam beberapa dekad, negara kami komited bekerjasama untuk memajukan ekonomi kita."



Mengulas, Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Ho Meng Kit berkata FTA itu akan membolehkan firma Singapura terus menikmati faedah kompetitif di negara itu.



Semasa acara semalam, Encik Chan dan Cik Truss turut bersetuju memulakan perbincangan bagi perangkuman modul Perjanjian Ekonomi Digital Britain-Singapura (DEA).



Rundingan mengenai DEA itu dijangka dilancarkan pada 2021.



Ia akan memudahkan perdagangan dan perniagaan digital yang lebih lancar antara Britain dan Singapura dengan mempromosikan penyambungan digital rentas sempadan serta standard antara operasi dan sistem digital.



Dalam satu kenyataan menteri yang dikeluarkan bersama oleh Singapura dan Britain, UKSFTA itu dijangka merangkumi perdagangan dua hala bernilai melebihi £17 bilion ($30.3 bilion).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >