Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

S'pura umum langkah Covid-19 lebih ketat bagi pengunjung dari Taiwan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura umum langkah Covid-19 lebih ketat bagi pengunjung dari Taiwan

May 16, 2021 | 01:21 AM

LANGKAH lebih ketat telah diumumkan bagi pengunjung dari Taiwan di kala bilangan kes Covid-19 di negara itu kian bertambah.

Mulai 11.59 malam, Ahad (16 Mei), semua warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) yang memasuki Singapura dan mempunyai sejarah perjalanan ke Taiwan dalam tempoh 21 hari lalu diperlukan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari di kemudahan khusus.

Mereka juga perlu menjalani SHN tambahan selama tujuh hari di tempat tinggal mereka.

Ini didedahkan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataannya pada Sabtu malam (15 Mei). Menurut kenyataan itu, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian memantau keadaan di Taiwan dan mengetatkan langkah sempadan menyusuli peningkatan kes di negara itu.

Pengembara perlu mengambil ujian PCR Covid-19 pada hari ke-14 SHN dan sebelum tempoh 21 hari SHN tamat.

Mereka yang merupakan pengembara jangka pendek yang memiliki Pas Kembara Udara (ATP) dengan sejarah perjalanan ke Taiwan dalam masa 21 hari lalu sebelum berangkat ke Singapura tidak akan dibenarkan memasuki negara ini.

Sebagai tambahan, mereka yang bukan warga Singapura atau Penduduk Tetap Singapura yang mempunyai sejarah perjalanan ke Taiwan dalam tempoh 21 hari lalu sebelum keberangkatan harus mengambil ujian PCR dalam masa 72 jam sebelum keberangkatan.

Mereka juga perlu mengemukakan hasil ujian negatif yang disahkan sebagai satu syarat kebenaran memasuki Singapura.

Semua pengembara dengan sejarah perjalanan ke Taiwan dalam tempoh 21 hari lalu sebelum berangkat ke Singapura dan yang telah memasuki Singapura antara 15 Mei 2021, 0001 jam, dan 16 Mei 2021, 2359 jam, tertakluk pada ujian PCR Covid-19 yang dibiaya pemerintah pada hari ketiga dan ketujuh mereka sampai ke Singapura.

Mereka yang terjejas akan dihubungi dan diberi maklumat terkini mengenai perkara ini.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3