PEMIMPIN Singapura mengutus kawat takziah kepada Russia kelmarin berikutan peristiwa pesawat Russia yang terhempas di Semenanjung Sinai, Mesir, Sabtu lalu.
Presiden Tony Tan Keng Yam menulis surat itu kepada Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, bagi meluahkan rasa sedihnya mengenai insiden yang mengorbankan kesemua 224 penumpang yang dibawa pesawat Metrojet KGL 9268 itu.