Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sri Warisan akan tampil persembahan istimewa sempena Pesta Budaya Melayu

Jan 27, 2022 | 05:30 AM



PERSEMBAHAN istimewa kumpulan seni, Sri Warisan Som Said Performing Arts Ltd dan pelbagai kegiatan fizikal dan dalam talian akan ditampilkan sempena Pesta Budaya Melayu tahun ini.



Pesta itu bertujuan meraikan budaya Melayu di Singapura serta kaitannya dengan Nusantara.



Pesta Budaya Melayu, yang dianjurkan oleh Pusat Warisan Melayu (MHC) tahun ini, adalah selaras dengan pameran Cerita yang bertumpuan untuk menjemput pengunjung merenung masa lalu dan membayangkan masa depan baru bersama-sama.



Diadakan selama tiga hujung minggu, Pesta Budaya Melayu akan bermula pada 29 Januari dan berlangsung hingga 13 Februari.



Persembahan secara fizikal jenis dokumentari pendidikan oleh Sri Warisan Som Said Performing Arts akan mempamerkan perjalanan syarikat seni persembahan itu di MHC, sejak awal prapembukaan pusat itu pada tahun 2002.



Cik Som Said, Pengasas dan Pengarah Sri Warisan Som Said Performing Arts Ltd berkata:



"Kita sudah lama melakukan persembahan di sini. Ramai orang dapat menantikan persembahan yang menarik di mana kita menggabungkan semua program-program yang kita tawarkan sepanjang 20 tahun di sini."



Sri Warisan akan mempersembahkan lagu-lagu bersejarah seperti "Citra Bangsa di Kampong Gelam" yang mempamerkan sejarah pendatang yang datang ke Kampong Gelam, serta "Lestari seni di Taman Warisan", tarian diraja dan juga lagu yang digunakan untuk menyambut tetamu dan pelancong yang datang ke MHC dengan menggunakan prop Cembul Emas.



Kedua-dua lagu itu digubah oleh penggubah tempatan Encik Zubir Abdullah.



Orang ramai dapat menyaksikan persembahan ini pada 29 Januari, 8 malam di Auditorium MHC.



Bayaran $20 dikenakan untuk persembahan itu.



Satu lagi acara yang dijadualkan ialah Bengkel Bangsawan.



Bengkel yang mengasyikkan itu memberi peluang bagi peserta untuk mengamalkan bakat mereka untuk berlakon dan mempelajari pelbagai arketaip watak yang terdapat dalam Bangsawan Melayu tradisional, sejenis opera atau teater Melayu yang diiringi muzik dan menari.



Bengkel tersebut diadakan pada 13 Februari pada 3 petang di Auditorium MHC.



Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel tersebut harus membayar deposit $5 yang akan dikembalikan.



Selain daripada acara secara fizikal, perayaan Pesta Budaya Melayu turut diraikan dalam talian di laman Facebook MHC.



MHC akan menampilkan pementasan Lintas Nusantara x Silat: Balada Nusantara.



Dalam Lintas Nusantara yang ke-10 ini, penonton boleh meneroka pengaruh silat terhadap tarian rantau ini melalui persembahan seperti "Dauliti, Singapura" dan "Silat dan Masyarakat Bawean"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >