Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sri Warisan teruja dapat jayakan acara senaman, tarian Melayu

Jan 21, 2022 | 05:30 AM



APABILA kumpulan seni tari tradisional, Sri Warisan Som Said Performing Arts Limited, berpindah pejabat dan ruang tarinya ke Wisma Geylang Serai (WGS) sekitar September 2019 dari Kerbau Road, kumpulan itu sudah mempunyai pelbagai rancangan untuk bekerjasama dengan WGS.



Antaranya, menurut pengasas Sri Warisan dan penerima Pingat Budaya, Cik Som Said, adalah untuk mengundang pelajar dan mengadakan kegiatan seni Melayu bersama mereka di WGS, menyemarakkan lagi sambutan penyalaan lampu Hari Raya di kawasan Geylang Serai dan sebagainya.



Namun, Sri Warisan yang memeriahkan lagi majlis pembukaan WGS pada 2019 dan terlibat dalam penyampaian ucapan kepada WGS sempena sambutan ulang tahunnya yang kedua di dalam talian tahun lalu, berharap dapat mengadakan lebih banyak kegiatan buat WGS pada tahun ini.



"WGS telah berusaha memaparkan seni tradisional Melayu dengan gabungan teknologi. Sebagai contoh, semasa acara Ketupat-thon 2019, WGS memberi Sri Warisan peluang menayangkan persembahan wayang kulit jumbo yang menggunakan boneka sebesar 1.2 meter hingga 1.5 meter secara multimedia di skrin besar WGS di tingkat pertama semasa peserta menganyam ketupat," kata Pengarah Pengurusan Sri Warisan, Encik Adel Ahmad.



Acara Ketupat-thon diadakan dengan tujuan mendidik masyarakat tentang cara menganyam ketupat yang dianggap satu tradisi Melayu di samping mencatat rekod baru Singapura bagi ketupat paling banyak dianyam dalam satu acara awam.



Lantaran itu, Cik Som teruja apabila mendapat undangan WGS untuk sama-sama menjayakan acara senaman dan tarian Melayu pada 22 Januari, 10 pagi, sempena sambutan ulang tahun ketiga WGS.



Acara ini akan menyaksikan peserta yang hadir secara fizikal dan di dalam talian melakukan senaman bimbingan kumpulan senaman, selama 30 minit pertama dan disusuli dengan gerakan tarian Melayu yang telah diolah mengikut rentak senaman bimbingan kumpulan seni persembahan Melayu, Sri Warisan Som Said Performing Arts Ltd.



Acara ini juga bermatlamat mencatat rekod baru 'Senaman Tarian Melayu Terbesar Dalam Talian' di Singapura dengan sasaran penyertaan seramai 1,000 orang.



Lantaran itu, Sri Warisan telah membantu mengolah gerak senaman kepada senaman tarian tradisional Melayu dan memuat naik video senaman tersebut di laman Facebook WGS pada 17 Januari lalu yang membolehkan peserta ikut serta dalam acara itu nanti.



Menjelaskan bagaimana senaman dapat diolah dengan gerak tarian tradisional Melayu, Cik Som berkata:



"Mungkin, ada yang tanya kenapa pilih mengolah gerak senaman, dan bukan silat misalnya? Senaman dipilih mengikut trend senaman masa kini tetapi tujuan utamanya tetap bagi membina kesihatan tubuh.



"Maka, untuk menghasilkan gerak tarian Melayu dengan pengaruh senaman, kami merancakkan lagi gerak tarian Melayu dengan iringan muzik yang lebih rancak melalui gerak senaman.



"Yang dimaksudkan 'islamkan' ialah kami mengolah gerak tangan yang diangkat-angkat di dalam senaman kepada gerak jari yang melentur dan mengolah gerakan kaki supaya lebih tertib."



Encik Adel menambah bahawa muzik yang mengiringi senaman tarian Melayu telah digubah oleh penggiat seni muzik tradisional, Encik Zubir Abdullah, dengan beliau juga merancakkan lagi rentak muzik.



Lagu tema bagi sambutan ulang tahun ketiga WGS juga bakal ditampilkan pada akhir acara ini nanti.



"Senaman tarian Melayu yang diolah daripada senaman ini juga ada ciri-ciri tarian asli, zapin dan samrah," ujar Encik Adel.



Acara ini merupakan permulaan kerjasama Sri Warisan bersama WGS pada awal tahun ini.



Dalam pada itu, Cik Som dan Encik Adel berharap Sri Warisan dapat menyemarakkan lagi persada seni tradisional dan menghasilkan lebih banyak persembahan buat WGS pada tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >