Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Staf Hwa Chong ditegur buat dakwaan diskriminasi tentang LGBTQ di pembentangan sekolah

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



SEORANG kakitangan Hwa Chong Institution (HCI) yang menyampaikan satu pembentangan mengenai seksualiti yang mengandungi kandungan diskriminasi kepada pelajar telah ditegur dan digantung daripada menyampaikan pelajaran tersebut.



Kandungan pembentangan itu tidak diluluskan oleh pihak sekolah, lapor The Straits Times.



Menjawab pertanyaan akhbar itu semalam, jurucakap sekolah tersebut berkata HCI tahu tentang kejadian itu yang berlaku Rabu lalu.



Jurucakap itu berkata: "Kami mendapat tahu tentang kejadian itu, yang terjadi semasa pembentangan seksualiti di mana seorang kakitangan memasukkan kandungan di luar skop kurikulum Pendidikan Seksualiti Kementerian Pendidikan (MOE) ke dalam bahan pembentangannya.



"Pandangan yang dikemukakan adalah perspektif peribadi kakitangan individu itu dan tidak mewakili pendirian sekolah atau MOE."



Kakitangan tersebut dikenal pasti sebagai seorang lelaki yang bekerja sebagai kaunselor sekolah itu.



Beliau menyampaikan pembentangan itu kepada kohort menengah empat sekolah itu.



Sebahagian daripada pembentangan itu mengandungi kandungan yang memaparkan golongan lesbian, gay, biseksual, transgender, queer (LGBTQ) secara negatif.



Menurut gambar-gambar pembentangan yang ditular secara viral di media sosial, kakitangan itu mengongsikan beberapa bahan mengandungi dakwaan tidak berasas.



Ini termasuk bagaimana sesetengah homoseksual mempunyai masalah berkaitan cacing usus dan sebahagian daripada mereka adalah pedofil.



Bahan pembentangan itu juga mengaitkan homoseksual dengan masalah seperti kaki botol dan serangan seksual.



Jurucakap itu menambah:



"Kami memandang serius mengenai ini dan telah bertemu pelajar kami untuk menangani kebimbangan mereka.



"Untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berulang, kami juga akan menyemak proses kami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >