Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Staf Muis 'kongsi' biskut Raya bersama penduduk

Timbalan Ketua Eksekutif - Albakri Ahmad, Esa Masood - turut turun padang agihkan habuan
Jun 13, 2018 | 05:30 AM



TIMBALAN Ketua Eksekutif Muis, Dr Albakri Ahmad dan Encik Esa Masood, mengetuai 40 kakitangan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengunjungi dan mengagihkan habuan biskut Hari Raya Aidilfitri kepada penduduk-penduduk flat, juga penerima bantuan jangka panjang ComCare, di tujuh kawasan sekeliling Singapura semalam.



Tujuh kawasan itu ialah Toa Payoh, Woodlands, Yishun, Ang Mo Kio, Serangoon, Tampines dan Beach Road.



"Usaha ini, sebahagian daripada pengagihan zakat, menyemarakkan semangat rahmah dalam bulan Ramadan di samping memberi semangat kepada para penduduk menjelang musim perayaan Hari Raya ini," kata Encik Esa.



"Sumbangan zakat yang kian meningkat daripada masyarakat Islam memberi manfaat kepada lebih banyak keluarga," kata Encik Esa.



Beliau dan Dr Albakri telah mengagihkan habuan berupa biskut Hari Raya kepada keluarga Cik Aminah Delima Rais, 46 tahun, seorang ibu tunggal kepada lapan anak berusia antara enam dengan 18 tahun di sebuah flat di Toa Payoh semalam.



Secara keseluruhan, Muis akan mengagihkan habuan biskut Raya kepada hampir 400 rumah penerima bantuan jangka panjang ComCare dan 145 habuan biskut Raya yang besar kepada agensi dan rumah-rumah kebajikan.



Kakitangan Muis dan Warees Investments Pte Ltd. pula, buat kali kedua tahun ini, berpeluang menghantar habuan biskut Raya kepada sebanyak 80 rumah, semuanya penerima bantuan jangka panjang ComCare, dari 11 hingga 15 Jun.



Penerima habuan biskut Raya, Cik Aminah, pencari nafkah tunggal dan seorang pemandu khidmat Grab, berasa gembira mendapat habuan biskut Raya itu kerana menurutnya, ia menyumbang pada persiapan Hari Raya yang beliau mungkin tidak mampu pada saat-saat akhir Lebaran.



"Persiapan Hari Raya selalu 'ketat' sedikit tetapi saya bersyukur pada tahun ini kerana saya dapat tunaikan permintaan anak-anak untuk cat rumah dan beli baju Raya," kata Cik Aminah.



Suami pertamanya telah meninggal dunia 14 tahun lalu dan beliau baru berpisah daripada suami keduanya tahun ini.



Beliau merupakan penerima bantuan jangka panjang ComCare dan layak menerima bonus Ramadan sebanyak $1,000.



Beliau, bagaimanapun, berasa sedih dan khuatir kerana baru-baru ini, mendapat tahu bahawa beliau mengalami penyakit pembesaran hati dan perlu menjalani pemeriksaan imbasan tomografi komputer.



Bagi membantu golongan susah seperti Cik Aminah, Muis membelanjakan $2.3 juta, naik 23.5 peratus untuk Ramadan ini berbanding tahun lalu untuk pengagihan bonus Ramadan, program sokongan masjid untuk penerima zakat, serta habuan Hari Raya.



Bonus Ramadan sebanyak $150 hingga $1,000 itu (bergantung kepada saiz keluarga) diagihkan kepada sekitar 4,300 keluarga dan 2,050 individu merangkumi penerima bantuan kewangan Muis, penerima bantuan jangka panjang ComCare, serta penghuni Islam di 40 rumah kebajikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >