PENULARAN VIRUS WUHAN
Staf, murid sekolah yang lawat China diberi cuti tanpa hadir
Jan 28, 2020 | 05:30 AM
SEMUA pelajar dan kakitangan sekolah yang pulang dari China sepanjang tempoh 14 hari lalu perlu mengambil cuti tanpa hadir selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga bagi menangani koronavirus Wuhan, kata Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, pagi semalam.
Pendekatan itu dikenakan ke atas tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah pendidikan khas serta maktab rendah dan politeknik Kementerian Pendidikan (MOE).