Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Setempat

Staf My First Skool di Westgate antara 4 warga S’pura dijangkiti Covid-19

May 22, 2020 | 11:22 PM

SEORANG kakitangan prasekolah My First Skool di Westgate antara empat
warga Singapura yang dilapor dijangkiti Covid-19 pada Jumaat (22 Mei).

Wanita berusia 58 tahun itu dijangkiti koronavirus pada 8 Mei, menurut
Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.

Sumber jangkitan wanita itu masih belum dikenal pasti. Begitu juga
sumber jangkitan satu lagi kes warga Singapura - seorang wanita
berusia 50 tahun.

Lagi dua kes baru melibatkan dua lelaki warga Singapura berusia 35 dan
37 tahun, yang dijejaki ke kelompok di dormitori CDPL Tuas yang kini
dikaitkan dengan 617 kes.

Dalam pada itu, baki 600 daripada 614 kes baru pada Jumaat melibatkan
pekerja asing yang tinggal di dormitori.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura 30,426. Seramai 23
pesakit telah meninggal dunia akibat Covid-19.

Seramai 838 pesakit pula telah dibenar pulang dari hospital atau pusat
pengasingan masyarakat. Sejumlah 12,955 pesakit telah pulih dan
dibenar pulang setakat ini.

Lagi 798 pesakit masih di hospital, termasuk lapan yang berada dalam
jagaan rapi.

Seramai 16,650 pesakit yang menunjukkan simptom ringan, atau berada
dalam keadaan sihat meskipun diuji positif sedang diasingkan dan
dijaga di kemudahan masyarakat.