Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Staf, pelajar madrasah dan JC sertai forum bincang isu kaum

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Staf, pelajar madrasah dan JC sertai forum bincang isu kaum

Nov 24, 2021 | 05:30 AM

ADAKAH kaum itu penting?

Itulah intipati perbincangan dalam sebuah forum yang menyatukan pelajar daripada latar belakang berlainan bagi mengupas isu-isu yang menjadi keprihatinan dalam masyarakat.

Forum 'Pre-U GP: Race Matters: or Does it?' itu dianjurkan minggu lalu oleh Madrasah Alsagoff Al-Arabiah buat julung-julung kalinya dengan kerjasama Maktab Rendah Kebangsaan (NJC).

Diadakan secara maya, ia disertai 115 peserta terdiri daripada kakitangan dan pelajar Madrasah Alsagoff, NJC, Raffles Institution, Institut Millennia, Sekolah Tinggi River Valley, Madrasah Al-Maarif dan Maktab Rendah Anglo Chinese.

Forum itu turut disertai beberapa panelis undangan termasuk mantan Setiausaha Parlimen Kanan, Encik Amrin Amin; Ketua Program Melayu dan Sastera di Sekolah Sains Kemanusiaan dan Tingkah Laku, Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Madya Dr Lim Beng Soon; dan Ketua Makmal Sosial, Institut Pengajian Dasar (IPS), Dr Mathew Mathews.

Mereka membincangkan isu seperti dasar berdasarkan kaum dan etnik yang menghasilkan hasil seperti pilihan raya berasaskan bangsa serta stratifikasi kaum dan kelas dalam sistem pendidikan di sini.

Mengulas mengenai forum itu, Mudir Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, Ustaz Syed Mustafa Alsagoff, berkata ia membuka ufuk baru bagi landskap pendidikan Singapura.

"Dalam dunia di mana satu-satunya yang berterusan ialah perubahan dan di mana perbezaan harus dihormati, dan kadangkala diraikan, usaha bersepadu harus dijalankan untuk memastikan forum seperti ini diadakan lebih kerap dan lebih besar untuk benar-benar membincangkan tentang hubungan kaum di Singapura," ujar beliau sambil menambah forum itu bertujuan mencabar stereotaip dan membincangkan tanggungjawab pelajar dalam memelihara keharmonian kaum selain sebagai wadah untuk pelajar membincangkan isu berkaitan mata pelajaran Kertas Am (GP).

Sementara itu, Encik Amrin berkata wadah media sosial mempersembahkan cabaran yang berbeza dalam dinamik hubungan antara kaum.

"Media sosial mengubah budaya dengan cara yang sangat besar atau mengubah cara kita bercakap, bekerja, tingkah laku diri dalam cara yang sangat besar.

"Dan saya rasa ini telah menimbulkan beberapa tekanan dalam masyarakat kita kerana kita melihat bagaimana negara lain menangani isu-isu ini dan kadangkala kita mengimport budaya mereka ke sini," kata beliau, sambil memberi contoh 'budaya cancel' (seseorang dibuang daripada kalangan sosial atau profesional baik dalam talian, di media sosial mahupun secara peribadi) dan pergerakan seperti Black Lives Matters (gerakan politik dan sosial tidak berpusat yang membantah insiden kekejaman polis dan semua keganasan bermotifkan perkauman terhadap orang kulit hitam).

Bagaimanapun, Encik Amrin berkata ramai orang di Singapura telah menyesuaikan diri dengan keadaan dan membangunkan kecekapan budaya.

Namun, walaupun ada penyesuaian itu, beliau berkata lebih banyak boleh dilakukan di sini untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyokong satu sama lain.

"Kita harus berhati-hati dengan cara kita mengatasi setiap keadaan kerana dengan tindakan salah, ia boleh membawa masalah lebih besar," katanya.

"Adalah penting mempunyai perspektif dan pemahaman berlainan ketika mencari penyelesaian baik baik isu seperti bangsa," tambah beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3