Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WIRA TANPA SANJUNGAN

Staf SMRT gotong-royong bantu penumpang selepas lif rosak

Jan 05, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI pengurus stesen di Stesen MRT Novena, tugas Encik Anis Mohd Ismail ialah memastikan perkhidmatan keretapi berjalan lancar dan keselamatan pengguna serta kakitangan di stesen tersebut dipelihara.



Skop pekerjaan tersebut adalah luas dan Encik Anis, 49 tahun, mendakapnya sepenuhnya dan prihatin untuk memastikan tiada isu yang tidak terurus di stesen di mana beliau bertugas.



Justeru, apabila lif di stesen berkenaan rosak dan tidak berfungsi pada satu pagi baru-baru ini, beliau mengambil serius perkara tersebut meskipun ia bukan antara fungsi kritikal khidmat yang ditawarkan.



Antaranya, beliau mengerahkan tenaga kerja tambahan, memaklumkan kepada semua stesen MRT dan Pusat Kawalan Operasi mengenai situasi tersebut, selain memasang pengadang keselamatan dan papan tanda di sekeliling lif.



Beliau juga memastikan lif tangga yang terdapat di stesen itu berfungsi dengan baik dan disiapkan supaya beroperasi sepenuhnya sebelum kereta api pertama pagi itu memulakan perjalanan.



Beliau juga mengingatkan kakitangannya agar memberi perhatian kepada penumpang warga emas dan memberikan bantuan sepenuhnya.



"Sebagai pengurus stesen, tugas utama saya adalah memimpin pasukan bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang selamat.



"Kami bertanggungjawab memastikan operasi harian mengikut prosedur dengan mengambil kira keselamatan dan kecemerlangan perkhidmatan," kata Encik Anis yang telah lima tahun berkhidmat bersama SMRT.



Lantaran itulah, beliau dan kakitangannya sanggup mengambil masa untuk membantu setiap penumpang yang memerlukan bantuan.



Semangat kakitangan SMRT itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial, yang berkongsi kisah tersebut menerusi beberapa catatan Facebook ketika kejadian itu berlaku sekitar pertengahan bulan lalu.



Antara kakitangan yang turut membantu ialah penolong pengurus stesen, Encik Farhan Irshaq Shaiful Bahri, 25 tahun.



"Saya dan rakan kerja yang lain lihat ada penumpang yang tidak begitu kuat berjalan. Jadi kami bantu mereka yang sebahagian besarnya warga emas untuk memastikan mereka memegang susur tangan semasa menaiki eskalator, membantu mereka yang menaiki tangga serta membantu penumpang yang menggunakan alat mobiliti peribadi atau kerusi roda," jelas Encik Farhan.



Beliau, yang berpengalaman tiga tahun bekerja bersama SMRT menambah:



"Saya dapat memahami keadaan warga emas yang menghadapi masalah pergerakan. Jadi saya gembira dapat membantu mereka.



"Apa yang paling memuaskan ialah apabila mereka ucapkan terima kasih, malah salah seorang daripada mereka menawarkan saya karipap."



Sambil tersenyum, Encik Anis, menambah:



"Saya berasa lega kerana penumpang warga emas masih dapat sampai ke destinasi mereka tepat pada masanya dengan selamat kerana kebanyakan mereka dalam perjalanan ke tempat rawatan perubatan.



"Ia juga membuat saya terharu untuk melihat seluruh pasukan saya bekerjasama bagi membantu penumpang yang memerlukan."



SMRT berkata penumpang boleh memanfaatkan aplikasi SMRT Connect bagi mendapatkan berita terkini mengenai keadaan di stesen MRT yang ingin dituju dan membuat aturan alternatif sekiranya perlu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >