Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Staf SNEC disalah beri 5 dos vaksin Covid-19

Feb 07, 2021 | 05:30 AM



SEORANG kakitangan di Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC) telah disalah beri sehingga lima dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.



Ini berlaku semasa satu latihan vaksinasi pada 14 Januari, kata SNEC semalam.



Kesilapan itu telah disedari dalam masa beberapa minit vaksinasi dijalankan ketika kakitangan itu sedang berehat di kawasan yang diperuntukkan.



"Para doktor kanan dimaklumkan dengan segera dan kakitangan itu diperiksa dan didapati sihat, tanpa sebarang kesan sampingan atau sebaliknya," jelas SNEC.



Kakitangan itu kemudian diwadkan di Hospital Besar Singapura (SGH) bagi pemantauan lebih lanjut, sebelum dibenarkan pulang dua hari kemudian.



SNEC berkata ia sedang memantau dan berhubungan rapat dengan pekerja itu, yang tetap dalam keadaan baik.



Sebagai langkah berwaspada, latihan vaksinasi di SNEC dberhentikan dengan segera berikutan kesilapan itu.



Baki kakitangan SNEC menerima vaksin di SGH.



"Siasatan kami menunjukkan bahawa ia adalah kesilapan manusia kerana ada masalah perhubungan dalam kalangan pasukan vaksinasi, yang menyediakan dan memberikan suntikan pada masa itu," kata pusat itu.



Tambah SNEC, pekerja yang bertanggung jawab dalam mencairkan vaksin itu telah dipanggil untuk menangani hal lain semasa persiapan vaksin itu.



Pekerja kedua kemudian telah tersilap fikir bahawa dos yang belum dicairkan dalam bebuli sudah sedia untuk diberikan.



Pihak SNEC telah memohon maaf kepada kakitangan yang terjejas serta keluarganya, kata Profesor Wong Tien Yin, yang merupakan pengarah perubatan pusat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >