Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Starhub dapat hak siar EPL selama enam tahun

Feb 21, 2022 | 08:19 PM



STARHUB mengumumkan mereka telah berjaya mendapatkan hak siaran untuk Liga Perdana England (EPL) di Singapura untuk enam musim akan datang, mengambil kembali hak siaran itu dari pesaing Singtel.



Starhub akan menyiar semua 380 perlawanan dari musim akan datang, yang bermula pada 6 Ogos nanti, kata syarikat itu dalam pemfailan bursa.



Mereka juga akan menawarkan akses kepada perlawanan melalui perkhidmatan StarHub TV+, mudah alih dan jalur lebar mereka. Harga penuh akan diumumkan pada Jun 2022.



Perkhidmatan lain termasuk antara muka pengguna interaktif dengan ciri-ciri seperti paparan skrin berpisah dan statistik prestasi dalam perlawanan.



Tayangan semula perlawanan atas permintaan (on-demand) juga akan disediakan.



Ketua kumpulan perniagaan pengguna StarHub, Encik Johan Buse berkata penyiaran EPL dalam tawaran mereka merupakan “langkah penting” dalam Dare5+ - peta laluan pertumbuhan 5 tahun syarikat itu yang dilancarkan pada November 2021.



"Kami bekerja keras untuk menggabungkan akses Liga Perdana yang tiada tandingan dan lebih mampu milik melalui StarHub TV+, platform mudah alih dan jalur lebar kami - peminat tidak akan pernah ketinggalan dalam aksi itu," tambahnya.



 



Artikel ini telah dikemas kini bagi menambah ketepatannya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >