StarHub lancar DataShare kawal data yang dikongsi

STARHUB akan melancarkan perkhidmatan baru hari ini yang membenarkan pemegang akaun utama mengawal penggunaan data dan menghentikan keadaan di mana pengguna tambahan menghabiskan sepenuhnya peruntukan data yang dikongsi bersama.

Menerusi skim yang dikenali sebagai DataShare, pelanggan boleh menentukan berapa banyak data yang mahu dihadkan kepada pengguna tambahan di bawah akaunnya. Ini boleh dilakukan melalui aplikasi MyStarHub atau melalui My Account di portal StarHub di www.starhub.com/myaccount.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan