Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

StarHub tawar diskaun $120 tukar kotak 'set-top' haram

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



MULAI hari ini, mereka yang menggunakan kotak set-top haram yang dapat menstrimkan filem cetak rompak dan rancangan televisyen percuma akan dapat menukarnya, bersama potongan harga, kepada kotak set-top yang tidak melanggar undang-undang untuk menonton kandungan yang ditawarkan StarHub.



Pengguna perlu membayar yuran langganan $30 sebulan untuk menonton kandungan yang sah.



StarHub mengatakan ini termasuk siri TV dan filem blockbuster daripada Disney+ dan HBO Go.



Tawaran itu sebagai promosi baru oleh telko tempatan itu dalam usaha memerangi cetak rompak digital dan menjadikan kandungan sah sebagai lebih menarik dari segi harga.



Di bawah tawaran pertukaran di beberapa kedai StarHub terpilih, telko itu akan memberi pelanggan $120 untuk membayar yuran $5 sebulan yang biasa dibayar pelanggan untuk menyewa kotak set-top StarHub TV+ selama dua tahun, tempoh kontrak langganan.



Selepas itu, bayaran sewa kotak akan dikenakan, menurut akhbar The Straits Times.



Sedang akses bagi kandungan HBO Go di bawah pelan kontrak itu berlangsung selama dua tahun, akses percuma Disney+ akan berakhir pada 22 Februari 2023.



Ketua kumpulan perniagaan pengguna StarHub, Encik Johan Buse, berkata tawaran terbaru itu bertujuan mendorong pengguna untuk tidak lagi menggunakan kotak set-top haram mereka.



Perkara ini dilakukan selepas terdapat rancangan baru-baru ini untuk mengemas kini Akta Hak Cipta untuk mengukuhkan peraturan hak cipta di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >