EMPAT kali beliau keluar masuk penjara, namun ia belum dapat menginsafkan Encik Ahmad (bukan nama sebenar) daripada terus terjebak dalam jenayah.
Hanya apabila meringkuk di penjara kali kelima dan menjalani hukuman dua setengah tahun gara-gara menyeludup lebih 700 karton rokok kontraban, baru beliau mula mengubah sikapnya.