Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Staytion di stesen MRT: Konsep baru 'ruang kerja'

Sep 29, 2022 | 05:30 AM



HENDAK kerja di luar kerana suasana di rumah bising?



Orang ramai kini boleh bekerja di ruang kerja bersama (co-working) baru yang terletak di stesen MRT.



Dinamakan Staytion, ruang kerja bersama di stesen MRT itu membuka pintunya kepada orang awam di stesen MRT Marsiling semalam.



Ruang sebesar 278 meter persegi - atau kira-kira tiga flat empat bilik - itu antara lain menyediakan meja kerja dan bilik mesyuarat serta kemudahan seperti WiFi, mesin cetak dan mesin buat kopi.



Menerusi satu kenyataan, Staytion berkata mereka merancang mencipta semula dan mengubah sekitaran stesen MRT yang biasa menjadi ruang yang lebih produktif dan inovatif dekat rumah pengguna.



Pengerusi Staytion, Encik Abu Bakar Mohd Nor, berkata Staytion, yang menggabungkan elemen gaya hidup dan kerja, adalah yang pertama sepertinya di laluan MRT Utara-Selatan, Timur-Barat dan Circle.



"Staytion berada di barisan depan memacu gerakan hibrid yang memastikan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan dan merupakan sebahagian aturan kerja fleksibel yang diinginkan pekerja," ujarnya.



Tambahnya, dua lagi ruang kerja bersama Staytion - di stesen MRT Woodlands dan Paya Lebar - akan dibuka menjelang hujung tahun ini.



Staytion juga akan melancarkan sebuah pusat gaya hidup kolektif di stesen MRT Dhoby Ghaut menjelang hujung tahun ini.



Pusat berbilang konsep itu antara lain akan menempatkan ruang istirahat bagi orang ramai serta cawangan gaya hidup serta makanan dan minuman (F&B) popular.



Ketua Pegawai Eksekutif Staytion, Cik Jane Toh, berkata Staytion bertujuan menawarkan lebih banyak pilihan bagi penumpang yang ingin mengadakan mesyuarat, menjawab e-mel atau sekadar berehat sambil menghirup secawan kopi dalam perjalanan harian mereka.



"Kami akan terus mengambil pendekatan corak pemikiran berkembang dan membina ekosistem bertumpukan penumpang untuk memenuhi semua keperluan gaya hidup hibrid di satu tempat," ujarnya.



Dengan lebih banyak konsep Staytion pada masa akan datang, Encik Abu Bakar berkata ini juga sejajar dengan usaha kemampanan di Singapura.



Menurutnya, ruang kerja bersama di stesen MRT itu boleh menggalak pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam dan memudahkan mereka untuk pergi dari satu stesen MRT ke stesen yang lain, antara lain untuk bertemu klien dan sebagainya.



"Rangkaian stesen MRT ini sudah pun wujud, jadi kami mempertingkatnya lagi.



"Usaha ini juga berpotensi menggalak orang ramai untuk kurang menggunakan kereta dan sebaliknya lebih menaiki pengangkutan awam sambil mencapai keseimbangan lebih baik antara kerja dengan kehidupan," ujar Encik Abu Bakar yang juga anggota lembaga pengarah SMRT Corporation Ltd dan RTS Operations Pte Ltd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >